PRN Johor: BN namakan calon MB awal beri kelebihan

PETALING JAYA: Ketika gabungan lain memilih untuk tidak menamakan calon Menteri Besar masing-masing sehingga keputusan PRN Johor diumumkan, keputusan Barisan Nasional (BN) supaya Hasni Mohammad terus memegang jawatan berkenaan dilihat memberikan kelebihan kepada gabungan itu, kata seorang penganalisis.

Antara Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH), hanya PN mempunyai seorang calon, iaitu Sahruddin Jamal daripada Bersatu yang pernah memegang jawatan itu. Beliau digantikan Hasni susulan Langkah Sheraton yang menggulingkan kerajaan PH.

Menurut Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia, langkah mencalonkan Hasni menunjukkan hala tuju dasar BN yang jelas memandangkan rekod baik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut itu yang dilihat mampu membawa penyatuan dalam tempoh singkat sebagai Menteri Besar.

“Dalam keadaan negara menghadapi pelbagai cabaran kesihatan dan ekonomi, pemimpin politik yang kurang sikap partisan memang dialu-alukan, apatah lagi Hasni mempunyai rekod prestasi yang baik di sini,” katanya kepada FMT.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid.

Sebagai contoh katanya, semua ADUN pembangkang pertama kali ditawarkan peruntukan saksama pada 2020 bawah pentadbiran Hasni. Langkah itu dipuji oleh pembangkang ketika ia diumumkan dalam belanjawan negeri 2021, malah turut diikuti kerajaan persekutuan.

Hasni berjanji amalan itu akan diteruskan sekiranya BN meraih kemenangan pada Sabtu ini, selain penggubalan undang-undang antilompat parti dan persempadanan semula kawasan pilihan raya, yang semuanya terkandung dalam manifesto BN.

Bagaimanapun Ahmad berkata, sekiranya BN mampu mendapat majoriti lebih kukuh berbanding ketika bersekutu dengan PN, Hasni perlu terus inklusif dan mengelak daripada “membolot semua” untuk Umno.

Ahmad berkata, walaupun keputusan BN menamakan Hasni sebagai calon awal-awal lagi satu tindakan bijak, ini tidak bererti parti lain silap apabila mengelak melakukannya.

“Gabungan selain BN terdiri daripada komposisi yang lebih pelbagai dan tidak mahu penamaan calon Menteri Besar menggugat usaha menyatukan kempen parti komponen masing-masing,” katanya.

Beliau memberi contoh Maszlee Malik daripada PKR dan Salahuddin Ayub daripada Amanah – kedua-duanya bekas menteri persekutuan yang berpengalaman – sebagai calon baik sekiranya PH menang.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker