Calon SPM positif COVID-19 duduki peperiksaan April depan

KUALA LUMPUR: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang positif COVID-19 akan menduduki peperiksaan itu pada sidang kedua April depan, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Sebelum ini, Radzi berkata, calon SPM 2021 yang disahkan positif COVID-19 atau dalam tempoh kuarantin tidak perlu menduduki kertas peperiksaan pada tarikh ia diadakan dan akan diberikan tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

Sementara, bagi calon yang sedang menduduki peperiksaan, namun pihak sekolah baru mendapat maklumat yang individu itu positif, calon itu akan diletakkan dalam bilik khas yang disediakan di sekolah berkenaan.



Bagi calon SPM yang menjadi kontak rapat dan perlu dikuarantin juga tidak perlu hadir ke tempat peperiksaan.

Bagaimanapun calon perlu mengemukakan pengesahan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Seramai 407,097 calon menduduki SPM 2021 yang dijadualkan bermula hari ini hingga 29 Mac depan.

Sementara itu, seramai 50,514 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan itu.




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]



Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)



PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker