VIP Lambat Masuk Pawagam, TGV Mohon Maaf Tayangan The Batman Diulang Semula

VIP Lambat Masuk Pawagam, TGV Mohon Maaf Tayangan The Batman Diulang Semula

Pengendali rangkaian pawagam Tanjung Golden Village Cinemas (TGV) memohon maaf kepada pelanggannya berikutan aduan filem ‘The Batman’ terpaksa ditayang semula dari awal gara-gara kelewatan tetamu kenamaan (VIP) selepas 45 minit ditonton.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di akaun media sosial, TGV berkata, insiden tersebut juga tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tayangan kerana semua sesi filem akan berjalan mengikut masa berdasarkan jadual.

“Kami ingin memohon maaf kepada semua tetamu yang terkesan dengan kelewatan sesi untuk The Batman di TGV Vivacity,” katanya dalam kenyataan itu.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook Fazillah Raduan yang berkongsi pengalaman menontot filem berkenaan berkata, filem itu telah bermula pada pukul 7.12 malam dan ditayangkan selama 45 minit sebelum dihentikan seketika.

Dia berkata, seorang kakitangan kemudian masuk dan membuat pengumuman: “Kami akan memulakan semual filem itu dari awal ia ditayangkan semula dari awal, maaf atas kesulitan yang timbul,” katanya.

Ketika ditanya kakitangan itu apa alasan tayangan filem itu diulang semula, jawapan yang diberikan ialah disebaban beberapa pelanggan baru sahaja tiba.

Sehubungan itu, TGV turut menawarkan dua tiket percuma dan bayaran balik penuh kepada pelanggan yang terjejas. Pengurusan rangkaian pawagam itu berjanji akan menyiasat insiden itu dengan lebih lanjut.-AA

VIP Lambat Masuk Pawagam, TGV Mohon Maaf Tayangan The Batman Diulang Semula

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker