Harga emas lebih RM2,000 satu auns di Asia

HONG KONG – Emas diniagakan dengan harga lebih AS$2,000 (RM8,359) untuk satu auns (28.34 gram) dalam dagangan Asia pada pagi Isnin ekoran tercetusnya perang antara Ukraine dan Rusia.

Harga itu juga meningkat disebabkan oleh pelabur mencari komoditi yang selamat kerana bimbang kesan perang terhadap ekonomi global.

Rusia menceroboh Ukraine pada 24 Februari lalu.



Pada pagi Isnin, logam berharga itu mencecah AS$2,000.86 (RM8,362.59) seauns yang merupakan paras tertinggi sejak September 2020.

Pada Februari lalu, harga emas pernah mencecah sehingga AS$$1,977 (RM8,262.87) satu auns pada dagangan di New York, Amerika Syarikat.

Harga emas itu meningkat disebabkan oleh Rusia meneruskan pencerobohan ke atas Ukraine yang telah menjejaskan pasaran ekuiti dan menyebabkan harga minyak melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 14 tahun ketika inflasi global berada paras yang tinggi. – Agensi

Harga emas lebih RM2,000 satu auns di Asia



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]



Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker