“Sepatutnya Saya Perlu Terima Je..Allah Tu Sangat Baik”-Elfira Loy Tak Nafi Memang Nak Baby Girl

“Sepatutnya Saya Perlu Terima Je..Allah Tu Sangat Baik”-Elfira Loy Tak Nafi Memang Nak Baby Girl

Impian Elfira Loy untuk menimang cahaya mata perempuan akhirnya termakbul selepas jantina bayi kedua yang sarat dikandungnya kini didedahkan dalam sebuah majlis ‘reveal gender’ baru-baru ini.

Dalam majlis yang dianjurkan rakan-rakan baik dan adiknya, Esliza Loy itu, Elfira menerima kejutan pendedahan jantina bayinya berupa belon dan kek berwarna merah jambu yang bermaksud perempuan.

Sebelum mengetahui jantina bayi keduanya, Elfira mengakui dia sangat berdebar andainya impian menimang cahaya mata perempuan masih tidak kesampaian.

Bagaimanapun, Elfira atau nama lengkapnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 28, mengakui, dia sepatutnya reda dan menerima apa sahaja ketentuan Tuhan untuk jantina anak keduanya kali ini.

“Saya gementar dan tak bersedia. Saya tahu kena terima sahaja sama ada lelaki atau perempuan. Tapi dalam hati, saya tak boleh tipu.

“Saya berdoa untuk dapatkan anak perempuan. Masya-Allah, Allah sangat baik. Allah izinkan. Syukur, syukur alhamdulillah,” ujarnya dalam hantaran Instagram.

“Kalau orang tanya, memang saya jawab tak kisah mana-mana jantina. Tapi saya tak boleh sorok daripada kawan-kawan rapat. Mereka mesti tahu saya nak anak perempuan.

“Sejak Rayyan lagi, saya doa zuriat saya perempuan tapi tak tahu Allah nak bagi bila. Jadi, dua tahun saya doa nak dapatkan anak perempuan.

“Kalau boleh, saya tak nak tahu jantina apa sampai anak ini keluar,” tulisnya dalam satu hantaran InstaStory berbeza.

Kongsi pelakon itu, biarpun pada awalnya dalam dilema, namun nasihat dan kata-kata daripada rakannya yang juga selebriti Sarancak membuatkan dia akhirnya reda untuk menerima apa pun yang diberikan Tuhan.

“Dialah yang buatkan saya macam percaya dengan apa yang Allah nak bagi. Dia kata, saya baik dan Allah mesti bagi saya anak perempuan.

“Sebenarnya menangis juga waktu itu. Sebab kenapalah saya macam tak percaya bahawa Allah Maha Baik. Kalau saya doa nak itu, mesti Allah akan bagi jika itu yang terbaik,” luahnya.

Terdahulu pada Oktober tahun lalu, Elfira mendedahkan berita gembira apabila hamil anak kedua hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Faris Khairul Anuar.

Bagaimanapun ketika itu, dia tidak berkongsi usia kandungannya kepada umum.

Elfira dan Faris mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan putera sulung, Rayyan pada Oktober 2019. – KO

“Sepatutnya Saya Perlu Terima Je..Allah Tu Sangat Baik”-Elfira Loy Tak Nafi Memang Nak Baby Girl

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker