Budak Terperangkap Di Luar Tingkap Tingkat Tiga Pangsapuri

Budak Terperangkap Di Luar Tingkap Tingkat Tiga Pangsapuri

KUANTAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun berjaya diselamatkan selepas terperangkap di luar tingkap rumah di tingkat tiga sebuah pangsapuri di Taman Pelindung Damai di sini pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan, Kamarul Bieza Mohamed Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk jam 10.11 pagi berhubung kejadian.

Menurutnya, susulan maklumat, lapan anggota bersama sebuah jentera ke lokasi untuk bantuan menyelamat.

“Ketika tiba di lokasi, kanak-kanak tersebut masih berada di luar tingkap dan tindakan menyelamat segera dijalankan.

“Anggota menggunakan tangga untuk naik dan membawa turun kanak-kanak tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Kamarul Bieza berkata, punca kejadian tidak dapat dipastikan namun kemungkinan kanak-kanak itu keluar melalui tingkap dan gagal naik kembali untuk memasuki rumah.

“Tindakan segera penduduk memaklumkan kejadian berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu daripada kejadian tidak.diingini,” katanya-SH

Budak Terperangkap Di Luar Tingkap Tingkat Tiga Pangsapuri

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker