Kelly Chye Tekad Sediakan Peluang Pekerjaan Di Mengkibol

Oleh Nurul Aishah

PANDEMIK Covid 19 banyak mengajar kita tentang keutamaan hidup. Jangan sesekali kita biarkan dipatuk ular dua kali dilubang yang sama. Calon paling muda yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Kelly Chye Pei Yee, yang berusia 26 tahun bertekad mahu sediakan peluang pekerjaan buat penduduk di Dun Mengkibol (N28) agar mereka tidak perlu berjauhan dari keluarga tercinta.

Ketika pandemik Covid-19 melanda, kerajaan Perikatan Nasional Muhyiddin telah melaksanakan “lockdown” separuh masak dan DARURAT yang paling panjang di dunia tetapi hasilnya negara kita antara negara yang paling teruk dilanda Covid-19. Malah ekonomi negara juga paling merosot di Asean.

Kelly Chye adalah calon Barisan Nasional (BN), yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol. Beliau merupakan antara dua calon wanita yang diketengahkan BN bagi dua kerusi DUN di bawah Parlimen Kluang.

Anak kelahiran Kluang ini bertekad merampas kerusi berkenaan pada PRN Johor kali ini.BN mempertaruhkan seorang yang baru mula berjinak dalam bidang politik namun sangat berwibawa dan mampu membawa suara anak muda.

Sebagai anak jati Kluang, Kelly Chye lebih mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat, justeru itu ia memberi kelebihan kepadanya.

Kelly Chye akan berdepan saingan tiga penjuru iaitu Wong Chan Giap dari Parti Perikatan Nasional dan Chew Chong Sin dari Pakatan Harapan yang merupakan penyandang kerusi tersebut.

Wanita kini memainkan peranan sebagai semak dan imbang dalam politik tanah air.

Pada 12 Mac ini undilah Kelly Chye Pei Yee, Calon Barisan Nasional bagi kawasan N28. Mengkibol, marilah kita bersama membina johor yang stabil dan maju.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker