Agong berangkat pulang dari IJN

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat pulang ke Istana Negara selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 21 Sept lepas.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata keberangkatan pulang Seri Paduka pada 12.40 tengah hari, diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Alhamdulillah, Seri Paduka Baginda telah beransur pulih. Atas nasihat pakar perubatan IJN, Seri Paduka Baginda akan berehat di Istana Negara,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut Ahmad Fadil, Al-Sultan Abdullah turut berangkat menunaikan solat Jumaat sejurus tiba di Istana Negara.

Yang di-Pertuan Agong dimasukkan ke IJN pada 21 Sept untuk menjalani rawatan keracunan makanan dan rawatan intervensi susulan pengimejan MRI pada 22 Sept, menunjukkan kecederaan dialami oleh Al-Sultan Abdullah, yang dimaklumi aktif bersukan. Bernama

Al-Sultan Abdullah masih jalani rawatan susulan di IJN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker