Pelanggan restoran perlu tunggu 30 tahun jika mengidam kroket daging Kobe

Pelanggan restoran perlu tunggu 30 tahun jika mengidam kroket daging Kobe

Sebuah restoran di Takasago, Jepun, menghasilkan menu kroket daging Kobe yang dikatakan amat lazat sehingga membuatkan orang ramai sanggup menunggu giliran walaupun selama berpuluh-puluh tahun, semata-mata untuk menikmati makanan itu.

Menurut laman berita Oddity Central, restoran Meat & Delicatessen Asahiya telah menghasilkan kroket daging lembu rangup sejak ia mula dibuka pada tahun 1918.



Pelanggan boleh pergi ke premis tersebut dan memesan pelbagai hidangan bergoreng yang enak, namun sekiranya mahu mencuba kroket terbaik, mereka perlu menunggu giliran yang lama.

Pada 28 April lalu, seorang pengguna Twitter memberitahu bahawa dia akhirnya menerima pesanan kroket daging Kobe dari restoran itu selepas sembilan tahun memesan menu tersebut.

Beberapa pengguna lain yang membaca perkongsian itu turut mendedahkan bahawa mereka masih menunggu giliran masing-masing untuk merasai hidangan tersebut.

Salah seorang individu berkenaan berkata, dia dijangka menerima menu istimewa itu pada tahun 2052.



Meskipun kedengaran tidak masuk akal, laman web rasmi Meat & Delicatessen Asahiya mengesahkan perkara tersebut. Menurutnya, tempoh masa menunggu bagi hidangan kroket daging Kobe adalah sehingga 30 tahun.

Menurut laman web restoran itu, membuat kroket adalah satu proses yang sukar. Memandangkan ia hanya menggunakan daging lembu Kobe terbaik dan jarang ditemui, hanya 200 keping kroket dihasilkan setiap hari.

Ia tidak dapat menampung permintaan luar biasa daripada pelanggan yang memesan menu itu dalam masa sehari.

Kroket daging Kobe itu dijual pada harga 2,700 yen (RM90) bagi sebungkus hidangan yang mengandungi lima keping kroket. K Online



Pelanggan restoran perlu tunggu 30 tahun jika mengidam kroket daging Kobe


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita



Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah

Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker