Debat Najib-Anwar sah 12 Mei di Matic KL

Debat antara Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Najib Razak akan diadakan di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (Matic) di Kuala Lumpur.

Debat itu akan diadakan pada jam sembilan malam pada 12 Mei ini dan akan disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial.

Ini kali pertama Anwar dan Najib bersemuka dalam debat terbuka.



Mereka dijangka menyentuh dua perkara – pertama, sama ada kerajaan patut membantu Sapura Energy Berhad yang berdepan masalah dan kedua berkenaan hala tuju dan masa depan ekonomi dan politik negara.

Najib sebelum ini menggesa kerajaan memberikan bantuan kepada Sapura Energy Berhad, selepas beberapa subsidiarinya diberi petisyen penggulungan pada Mac lalu.

Najib berpandangan memandangkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah melaburkan RM4 bilion dalam syarikat itu pada 2019, usaha mesti dibuat bagi menyelamatkan PNB daripada kerugian atau sekurang-kurangnya mengelakkan aset Sapura Energy daripada dijual.

Syarikat itu mencatatkan kerugian RM8.9 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2022.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah



Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker