Harga minyak dunia melonjak

Harga minyak dunia melonjak

NEW YORK – Harga minyak naik mendadak pada hari Rabu selepas Kesatuan Eropah (EU) mendedahkan rancangan untuk menghentikan minyak Rusia secara berperingkat-peringkat, sekali gus mencetuskan kebimbangan bekalan yang ketat.

West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran Jun menokok AS$5.4 atau 5.3 peratus, untuk ditutup kepada AS$107.81 dolar setong di New York Mercantile Exchange.



Minyak mentah Brent untuk penghantaran Julai meningkat AS$5.17 atau 4.9 peratus untuk ditutup kepada AS$110.14 di Bursa Hadapan ICE London.

Pada hari Rabu, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen berkata, EU akan menghentikan secara berperingkat-peringkat bekalan minyak mentah Rusia dalam tempoh enam bulan dan produk ditapis menjelang akhir tahun.

Pelan itu adalah sebahagian daripada pakej keenam sekatan yang mensasarkan Moscow ekoran operasi ketenteraannya di Ukraine.

Negara-negara EU mengimport secara purata 3.5 juta tong minyak mentah dan produk minyak setiap hari dari Rusia pada suku keempat 2021, kata Carsten Fritsch, penganalisis tenaga di Commerzbank Research, memetik data daripada Agensi Tenaga Antarabangsa.



“Kuantiti ini kini perlu diperoleh dari tempat lain di pasaran yang berkemungkinan akan mengetatkan bekalan jika semua perkara lain kekal sama dan seterusnya akan menaikkan harga,” tambahnya. MG

Harga minyak dunia melonjak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah



Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker