Polis cari 2 lelaki sebabkan kemalangan maut dan samun di LPT2

Polis cari 2 lelaki sebabkan kemalangan maut dan samun di LPT2

POLIS Kemaman kini mengesan dua lelaki yang melarikan diri selepas terbabit dalam satu kemalangan maut di Kilometer 269, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan (gambar kecil) berkata, mangsa Zokafli Ahmad, 57, yang merupakan pesara Petronas maut di tempat kejadian akibat kecedaraan parah di kepala.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.15 petang, ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke Kerteh dari Kuantan telah dirempuh sebuah Perodua Myvi sebelum motosikal terbabas ke bahu jalan.

“Mangsa tercampak ke dalam longkang dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Baca artikel berkaitan: Hujan batu sebesar bola ping pong landa Surabaya

Ujarnya, pemandu dan penumpang Myvi bagaimanapun bertindak melarikan diri menghala susur keluar Plaza Tol Cheneh.

Tambahnya, saksi kejadian melihat kelibat kedua-dua suspek berhenti di tepi jalan susur lebuh raya untuk bertanya mengenai kemalangan terbabit.

“Secara tiba-tiba pemandu dan rakan bertindak melarikan diri dengan kereta saksi ke arah Plaza Tol Cheneh dengan merempuh palang tol,” katanya.

Sehubungan itu, Hanyan berkata, hebahan telah dibuat bagi mengesan sebuah Nissan Grand Livina bernombor pendaftaran TAR7373 yang disamun kedua-kedua suspek.

“Kes ini disiasat dibawah Seksyen 41(1) APJ 1987 dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun”. Utv

Polis cari 2 lelaki sebabkan kemalangan maut dan samun di LPT2


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker