Prof Shamrahayu kata Sarawak ada hak pinda Perlembagaan negeri

Sarawak mempunyai hak untuk meminda perlembagaannya termasuklah menukar gelaran Ketua Menteri kepada Premier, kata pakar perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz.

Penyandang Kursi Institusi Raja-raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu berkata, pada masa sama pindaan terhadap perlembagaan terbabit perlu selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Apabila saya melihat draf rang undang-undang itu, didapati draf rang undang-undang itu juga menyatakan bahawa ketika mana dijumpai perkataan Ketua Menteri dalam mana-mana undang-undang itu, ia hendaklah dibaca dengan perkataan Premier.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Wacana Ilmu 20 Februari 1956: Mengorak Langkah Menuju Merdeka di Auditorium Panggung Sari, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN) Melaka, hari ini.

Majlis yang dirasmikan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Khaidhirah Abu Zahar itu turut dihadiri Ketua Pengarah Arkib Negara Jaafar Sidek Abdul Rahman.

Pada 15 Februari, DUN Sarawak meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 yang mengandungi klausa untuk menukar gelaran jawatan ‘Ketua Menteri’ kepada ‘Premier’ dengan majoriti lebih dua pertiga ahli dewan menyokongnya.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang membentangkan rang undang-undang itu berkata, pindaan gelaran jawatan Ketua Menteri kepada ‘Premier’ itu hanya akan berkuat kuasa selepas diwartakan. – Bernama

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker