Al-Kindi, tokoh ilmuwan Islam bidang astronomi

Al-Kindi, tokoh ilmuwan Islam bidang astronomi

ORANG barat sering menceritakan kononnya pelopor dalam bidang astronomi bermula dari barat. Biasalah, dunia barat memang sering memanipulasi cerita bahawa kononnya merekalah pelopor sebenar bidang ini.

Sebenarnya, pelopor dalam bidang astronomi bermula dengan ilmuwan tamadun dunia Islam. Salah seorang daripadanya ialah Al-Kindi, nama yang tidak asing dalam ketamadunan Islam.



Siapakah al-Kindi? Nama sebenar beliau adalah Abu Yusuf Ya’qub. Beliau seorang tokoh ilmuwan ketamadunan dunia Islam. Banyak sumbangan beliau dalam bidang keilmuan antaranya adalah dalam bidang astronomi, yang membabitkan ilmu falak iaitu pengetahuan tentang bintang- bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan dan perkiraan serta penaksiran yang berkaitan dengan bintang.

Al-Kindi mampu menguasai dua bahasa iaitu bahasa Yunani dan Suryani. Disebabkan penguasaannya yang berbagai-bagai ini telah membantu beliau menguasai ilmu dalam pelbagai bidang. Beliau juga diakui sebagai seorang pelopor peradaban yang tinggi ilmu pengetahuan. Buku-buku yang ditulisnya tidak kurang daripada 256 judul yang merangkumi falsafah, muzik, astronomi dan ilmu kimia.

Dalam bidang astronomi, Al-Kindi telah merujuk kepada pandangan Ptelomy mengenai sistem solar yang merangkumi pelbagai planet iaitu Marikh, Zuhal, Musytari, Matahari, Bulan dan lain-lain. Beliau menyatakan bahawa segala pergerakan planet-planet merupakan kuasa Allah SWT. Beliau mempercayainya kerana beliau boleh membuktikan bahawa perbezaan cuaca adalah disebabkan oleh susunan planet-planet dan Matahari yang telah ditetapkan pada paksi atau orbit planet-planet tersebut.

Al-Kindi juga menyatakan bahawa proses tersebut adalah disebabkan struktur bentuk planet yang memberi kesan terhadap kejadian Bumi. Fakta itu diperoleh melalui usaha beliau menterjemahkan karya Aristotle. Melalui karya terjemahan ini, beliau mendapati pergerakan planet adalah disebabkan oleh geseran daripada beberapa kawasan yang menghasilkan beberapa elemen Bumi seperti api, air dan tanah. Semua elemen tersebut telah digabungkan untuk menghasilkan pelbagai bahan yang membentuk Bumi.



Dengan membuat pemerhatian pada bintang-bintang serta kedudukannya di langit, beliau mendapati pergerakan itu membawa kesan kepada Bumi dan merupakan satu aturan tentang pergerakan objek di langit. Malah kesan seperti empat musim berlangsung apabila objek di langit melalui satu jarak antara hemisfera.

Pemerhatian itu juga mengesan wujudnya bukti bahawa Bumi turut bergerak pada paksinya sendiri selain mengikut paksi objek semesta lain mengelilingi matahari. Malah perkaitan rapat antara bulan dengan kejadian pasang surut air laut adalah satu ketetapan yang tidak berubah dan ia merupakan hukum alamiah kekal pada Bumi.

Selain itu, al-Kindi mempunyai pemikiran yang bijak dan berani dalam menyampaikan fakta. Ia dapat dilihat apabila beliau menghubungkan antara satu fenomena dengan fenomena alam yang lainnya yang berlaku di Bumi.

Melalui kajian tentang sifat, keadaan dan corak fenomena yang berlaku maka beliau berjaya mencetuskan beberapa penemuan baru yang merentasi zamannya. Hal ini pernah dinyatakan oleh Pengkaji Belanda, De Bour semasa beliau meneliti hipotesis mengenai fenomena air pasang surut serta eksperimen beliau melalui tesis yang diterbitkan al-Kindi.



Al-Kindi juga merupakan seorang pengarang yang hebat. Beliau telah menyusun buku-buku ilmiah yang penting untuk kegunaan masyarakat. Karya beliau sangat penting dalam bidang astronomi, antaranya, Risalah fi Masa’il Su’ila anha min Ahwal al-Kawatib (jawapan daripada persoalan tentang planet), Risalah fi Jawab Masa’il Thabi’iyah fi Kayfiyyat Nujumiah (jawapan persoalan-persoalan fizik tentang sifat-sifat bintang), Risalah fi Fashlayn (tentang dua musim iaitu; musim panas dan musim sejuk), Risalah fi Idhah ‘illat Ruju’ al-Kawakib (tentang penjelasan sebab gerak ke belakang planet-planet) dan banyak lagi.

Falsafah Al–Kindi Tentang Astronomi

Al-Kindi mempunyai falsafah dan pemikiran tersendiri dalam bidang astronomi. Sebagai seorang ilmuwan, dia harus mempunyai jiwa yang sihat. Ini penting kerana apabila mengkaji objek dan fenomewa samawi, mereka akan bertemu dengan pelbagai kebesaran Allah dan sering kali manusia terpedaya apabila mereka mula membuat ramalan untung nasib.

Ramalan yang dimaksudkan ini berupa untung nasib yang bakal menimpa seseorang jika kedudukan bintang dan planet begitu dan begini. Walhal perkara itu salah dan tidak betul dan tidak benar.



Sebab itulah Al-Kindi menolak kepercayaan hidup manusia yang dipengaruhi untung nasib yang boleh dikira di langit. Justeru itu, beliau memisahkan kajian saintifik astronomi dengan tulisan untung nasib manusia melalui pembuktian jelas daripada pemerhatian dan kajian mendalam sifat-sifat yang diperlihatkan melalui fenomena samawi yang dipanggil sebagai astronomi. Utv

Al-Kindi, tokoh ilmuwan Islam bidang astronomi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini



BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker