Suami guna plaster buka mata isteri strok kekal

Suami guna plaster buka mata isteri strok kekal

IPOH: “Saya terpaksa guna plaster untuk buka kelopak mata isteri”, itu luahan pilu pekebun, Nor Azmi Aminuddin, 50, yang menjaga isterinya selepas suri hatinya itu diserang strok kekal, lapan tahun lalu.

Isterinya, Hasnah Abu Hassan, 49, kini terlantar dan tidak mampu menguruskan diri berikutan tidak dapat menggerakkan tangan dan kaki kirinya. Kedua-dua kelopak matanya tidak boleh dibuka, menyebabkan Azmi terpaksa menggunakan plaster bagi membolehkan isterinya boleh melihat walaupun sebelah mata.



“Semasa isteri saya berusia 42 tahun, satu hari dia pengsan di rumah. Saya bergegas ke hospital dan beliau dimasukan dalam unit kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Doktor memberitahu bahawa isteri saya telah diserang strok kekal akibat tekanan darah tinggi.

“Pada masa itu, anak bongsu saya hanya tiga tahun manakala anak ketiga saya pula berumur lapan tahun. Saya menjaga empat anak seorang diri. Kini anak bongsu sudah 11 tahun dan anak ketiga sudah 16 tahun,” ceritanya kepada FMT.

Hasnah menghidap kencing manis dan darah tinggi ketika mengandungkan anak bongsunya pada 2011.

Azmi bekerja sambilan mencuci masjid dan pendapatannya amat terhad. Selain menjaga isterinya, beliau turut menguruskan persekolahan dua anaknya menyebabkannya tidak boleh mencari pekerjaan tetap.



Azmi juga bercucuk tanam di sebuah tanah lapang milik Jabatan Saliran dan Air (JPS) Perak, dan hasilnya dijual untuk menampung perbelanjaan keluarga. Namun, Azmi sekali lagi diduga apabila JPS Perak menuntut agar tanah itu dikosongkan.

“Sudahlah kami ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kini saya tidak dapat berkebun lagi. Saya telah kehilangan pendapatan dan keadaan kewangan kini sangat tidak stabil.

“Saya tidak dapat bekerja sepenuh masa kerana perlu menjaga isteri yang terlantar sakit. Saya juga terpaksa menghantar dan mengambil anak pergi balik sekolah. Saya tidak mampu membiarkan mereka menaiki bas sekolah kerana tambangnya mahal,” katanya sebak.

Azmi bersyukur kediaman didudukinya kini adalah rumah pusaka, namun sudah terlalu uzur dan mengalami banyak kerosakan.



Enggan meratapi nasib, Azmi mahu bangkit dengan mengusahakan tanah pertanian milik kakaknya, yang berdekatan dengan rumahnya.

Namun, dia perlukan bantuan peralatan bagi mengusahakan pertanian jenis fertigasi untuk menanam sayur-sayuran yang diharap dapat menampung perbelanjaannya sekeluarga.

FMT turut menemu bual anak Azmi, Nurizz, yang kini belajar di tingkatan empat Sekolah Menengah Pasir Putih.

“Saya sunyi sebab tidak dapat kasih sayang dan perhatian ibu. Tapi saya menerima hakikat saya perlu berdikari. Saya ingin belajar bersungguh-sungguh supaya boleh lanjut pelajaran dan bantu keluarga. Ayah saya tiada rehat kerana perlu menjaga ibu, menghantar kami ke sekolah dan membuat kerja rumah,” ujarnya penuh sebak. FMT



Suami guna plaster buka mata isteri strok kekal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar



Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker