Tembakan di Nashville, Tennessee, 2 maut dan 5 cedera

Tembakan di Nashville, Tennessee, 2 maut dan 5 cedera

Dua maut dan lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di luar sebuah restoran di Memphis, Tennessee, lapor Xinhua memetik polis semalam.

Kejadian berlaku lewat malam Rabu dan menurut pihak berkuasa tempatan, seorang daripada mangsa disahkan maut di tempat kejadian manakala seorang disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Lima mangsa lain, empat lelaki dan seorang wanita turut dikejarkan ke hospital.

Setakat tahun ini terdapat 131 kes tembakan besar-besaran di Amerika Syarikat.

Arkib Keganasan Senjata Api mentakrifkan insiden tembakan rambang telah menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang ditembak, tidak termasuk penembak.

Sementara itu, menurut data laman sesawang berkenaan, lebih 10,200 orang kehilangan nyawa akibat keganasan senjata api dalam tempoh tiga bulan lepas.

Awal minggu ini, seorang individu lengkap bersenjata menyerang sebuah sekolah rendah swasta di Nashville, Tennessee, membunuh enam orang termasuk tiga pelajar berusia sembilan tahun, sebelum penyerang maut ditembak oleh polis. BH

Tembakan di Nashville, Tennessee, 2 maut dan 5 cedera

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker