Rauf angkat sumpah ketua menteri Melaka ke-13

Ketua Umno Melaka itu berulang kali dikaitkan dengan jawatan ketua menteri sejak BN menang PRN pada November 2021.

Rauf angkat sumpah ketua menteri Melaka ke-13

Adun Tanjung Bidara Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Melaka ke-13.

Ketua Umno Melaka itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Mohd Ali Rustam di pejabatnya.

Beliau menggantikan Sulaiman Md Ali, yang meletak jawatan semalam selepas berkhidmat buat kali kedua sebagai ketua menteri dari November 2021.

Rauf sebelum ini adalah exco pelaburan, perindustrian, pembangunan koperasi dan usahawan negeri.

Beliau juga speaker DUN Melaka dari Mei 2020 hingga November 2021, ketika Sulaiman mula berkhidmat sebagai ketua menteri.

Rauf berulang kali dikaitkan dengan jawatan ketua menteri sejak Barisan Nasional (BN) memenangi PRN Melaka pada November 2021.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Rauf angkat sumpah ketua menteri Melaka ke-13

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker