UMNO tak terjejas, peletakan jawatan sebab kesihatan, bukan kerana masalah politik

UMNO tak terjejas, peletakan jawatan sebab kesihatan, bukan kerana masalah politik

Pertukaran pentadbiran Kerajaan Melaka tidak menjejaskan UMNO kerana ia dilakukan atas isu kesihatan dan bukannya disebabkan permasalahan politik.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata situasi itu berlaku di luar jangka ekoran Datuk Seri Sulaiman Md Ali terpaksa meletakkan jawatan Ketua Menteri disebabkan masalah kesihatan.



Beliau berkata, dengan pentadbiran baharu negeri itu yang diterajui Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, pihaknya berharap Kerajaan Perpaduan pada peringkat negeri akan turut dapat dilaksanakan sama seperti di Persekutuan.

“Hari ini semua akhbar melaporkan Sulaiman ada masalah kesihatan, jadi saya kira ia tidak menjejaskan apa-apa kerana apabila berlaku masalah kesihatan, ia bukan masalah politik.

“Ia sesuatu yang berlaku di luar jangka dan perlu diambil alih (pentadbiran). Kita berharap beliau sembuh, namun kerajaan negeri perlu diteruskan,” katanya selepas melancarkan e-kaunter Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dan piagam pelanggannya, hari ini.

Kemelut pentadbiran Kerajaan Melaka kembali hangat pada Disember lalu apabila isu pertukaran Ketua Menteri diperkatakan semula.



Bagaimanapun, ia dinoktahkan apabila Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu mengesahkan meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri dua hari lalu.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan parti itu sudah menghantar nama Ab Rauf yang juga ADUN Tanjung Bidara sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.

Timbalan Perdana Menteri dilaporkan berkata, peletakan jawatan Sulaiman adalah disebabkan masalah kesihatan.

Sementara itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata Ab Rauf disifatkan pemimpin paling layak mengambil alih pentadbiran berikutan jawatannya sebagai EXCO Kanan yang menjaga portfolio Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan dalam kerajaan negeri sebelum ini.



“Sulaiman lama memimpin Melaka, jadi saya ingin berterima kasih kepadanya, beliau adalah kawan baik…Rauf juga kawan baik dan tahniah kepada beliau.

“Kita ingin memastikan Malaysia Madani boleh dilaksanakan di Melaka dan cuba melaksanakan Kerajaan Perpaduan di negeri itu dengan mengutamakan rakyat dalam segala perkara,” katanya. BH

UMNO tak terjejas, peletakan jawatan sebab kesihatan, bukan kerana masalah politik

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz



Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker