Mahathir, Muhyiddin dihantui dengan populariti ‘kluster mahkamah’
Mahathir, Muhyiddin dihantui dengan populariti ‘kluster mahkamah’
Tan Sri Noh Omar tidak bersetuju dengan cara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan taktik menyerang ‘kluster mahkamah’ menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu turut mempersoalkan apa kaitan ‘kluster mahkamah’ itu dengan PRN Johor sehingga menghantui Pengerusi Parti Pejuang dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.
“Tanpa hilang rasa hormat saya kepada Tun M dan Muhyiddin, saya tak setuju dengan cara mereka menggunakan taktik menyerang ‘kluster mahkamah’ menjelang PRN Johor.
“Kes mahkamah yang melibatkan pemimpin UMNO masih berjalan dan tiada satu kes pun ditutup, walaupun jawatan Perdana Menteri daripada UMNO.
“Dah tak ada modal? Nak kata kluster mahkamah, kes ini masih berjalan dan tidak ada campur tangan politik,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Dr. Mahathir dan Muhyiddin semalam, yang menggunakan taktik menyerang kluster mahkamah untuk memastikan Barisan Nasional (BN) tidak menang di Johor.
Dr. Mahathir dalam kenyataannya mendakwa, PRN kali ini merupakan langkah untuk memperkukuhkan kedudukan kluster mahkamah dan golongan kleptokrat dalam UMNO.
Katanya, PRN Johor itu telah dirancang oleh kumpulan yang dikenali sebagai kluster mahkamah dan kleptokrat dari UMNO.
Sementara itu, Muhyiddin pada Jumaat lalu, menyatakan pendiriannya bahawa satu-satu cara untuk tidak memberikan kluster mahkamah kembali berkuasa adalah dengan tidak mengundi BN pada PRN Johor ini.
Beliau berkata, jika kemenangan diberikan kepada BN pada PRN Johor, ‘kluster mahkamah’ akan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.
Mengulas lanjut, Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, kemungkinan besar kedua pemimpin itu takut dengan populariti bossku (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang mampu menarik undi kepada UMNO dan BN. MG
Baca Artikel Menarik:
- Jangan kacau orang yang mahu vaksinkan anak – Khairy
- Cari duit makan la tu
- Apa yang kelakar sangat dengan Premier?, Najib tanya ADUN DAP
- Sebelum Aidilfitri masa paling tepat keluar i-Citra – Najib
- Zizan tinggalkan dunia forex, minta peminat doakan untuknya
- Dulu ratu cantik, sekarang pemandu treler
- AMK sifatkan ‘perginya Rafizi tidak mengurang, kembalinya tidak menambah’
- Tips Main Mesin Yang Kuat Telan Duit (Video)
- Jururawat nafi cucuk angin anak Khairy
- Akaun Telegram dan Whatsapp Ahmad Zahid digodam pihak tidak bertanggungjawab
- Mak dah bagi Milo ganti susu – Raja Ilya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SPRM tahan pengarah jabatan lulus tiket penerbangan anak isteri
Twin Jets Resort Berkonsepkan Kapal Terbang Bakal Dibuka Tak Lama Lagi
You must be logged in to post a comment.