Sagu hati penangguhan umrah, jemaah perlu buka akaun simpanan TH dulu
Jemaah umrah yang akan menerima bayaran sagu hati kerana terpaksa membatalkan ibadah berkenaan susulan penangguhan sementara kebenaran perjalanan umrah, diberi tempoh sehingga Mac ini untuk membuka akaun simpanan Tabung Haji (TH) bagi tujuan tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, tempoh itu dilanjutkan ekoran terdapat lebih 1,000 jemaah terbabit masih belum membuka akaun simpanan berkenaan yang merupakan medium tunggal digunakan untuk pembayaran sagu hati itu.
“Pembayaran sagu hati tersebut akan dibuat pada Jumaat ini (18 Februari) dan kita harapkan jemaah yang akan menerima sagu hati itu akan segera membuka akaun simpanan TH, pembayaran akan dilanjutkan sehingga Mac ini.
“Apa pun (pembayaran) mesti menggunakan akaun TH kerana ia memudahkan dan TH ada di semua tempat termasuk di kampung,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Melaka Tahun 2022 di Masjid Al-Azim di sini hari ini.
Majlis tersebut disempurnakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.
Idris berkata, beliau juga telah mengarahkan TH memaklumkan pejabat cawangannya di seluruh negara supaya mempermudahkan pembukaan akaun simpanan berkenaan agar proses pembayaran sagu hati berjalan lancar.
Sebelum ini, media melaporkan pembayaran sagu hati sebanyak RM1,671 seorang kepada jemaah umrah yang membatalkan pemergian susulan penangguhan sementara kebenaran perjalanan umrah akan dibuat pada 18 Februari ini.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menyerahkan senarai 8,027 jemaah umrah yang terkesan serta layak menerima sagu hati tersebut dan daripada jumlah itu, hampir 1,000 jemaah umrah masih belum mempunyai akaun simpanan TH. – Bernama
Baca Artikel Menarik:
- Usahawan tunjuk duit ‘kepuk-kepuk’, sekali LHDN komen perli
- Projek PR1MA disabotaj
- Gerakan ‘bunuh’ Azam Baki dibuat secara tersusun- MCW
- Hisham tak perlu letak jawatan, langgar SOP bukan jenayah – Ismail
- Dihina Mandul, Bella Akhirnya Hamil, Reaksi Suami Bikin Sebak
- Jual badan, PU Syed tegur Sharifah Sakinah
- DAP, PH berdepan kesukaran di Pulau Pinang
- Kamu berduit tapi tidak berbakat – Ajai
- Usah sombong Sanusi, kerajaan Kedah stabil kerana Umno berlapang dada
- Respon Dr Zulkifli Bila Gadis Bagi Soalan Luar Kotak ‘Apa Hukum Jika Seorang Muslim Mati Digigit Zombie’
- ‘Saya Tidak Sedap Hati, Risau Tiada Khabar Daripada Jit Murad Minggu Lalu’ – Tina Fadzil [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]
Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang
You must be logged in to post a comment.