4 bulan untuk stabilkan bekalan dan harga ayam, telur

4 bulan untuk stabilkan bekalan dan harga ayam, telur

Kerajaan memberi tempoh empat bulan kepada pihak industri ternakan ayam dan telur ayam untuk memaksimumkan semula kapasiti pengeluaran seperti sedia kala.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia susulan pemberian subsidi



60 sen per kilogram (kg) dedak kepada penternak ayam berkuat kuasa 5 Februari lalu yang diharap dapat menstabilkan semula bekalan.

“Kita baharu saja mengumumkan pemberian subsidi dan sedang dalam proses libat urus dengan pihak industri.

“Kerajaan mendengar masalah dihadapi dan telah ambil tindakan yang perlu bagi menampung sedikit implikasi kenaikan kos pengeluaran ayam negara dan harapnya tindakan pemberian subsidi oleh kerajaan itu dapat mengembalikan semula pengeluaran ayam dan telur seluruh negara.

“Kita bagi tempoh empat bulan kepada mereka kerana untuk menternak ayam memerlukan tempoh antara 35 hingga 40 hari,” ujarnya.



Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir pada majlis Pelancaran Penubuhan Pasukan Sokongan Tindak Balas Kecemasan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (CDERT FAMA) dan Penyampaian Watikah Pelantikan Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) di Institut Latihan FAMA di sini hari ini.

Menurutnya, pengeluaran ayam tempatan sebenarnya mencukupi, tetapi berdepan masalah kebelakangan ini disebabkan beberapa faktor yang kerajaan kini sedang berusaha selesaikan.

Katanya, langkah kerajaan menambah bekalan import ayam bulat dari luar negara juga hanya bersifat sementara bagi menampung kekurangan bekalan.

“Selepas keadaan kembali stabil, kita akan hentikan (import) dan ia bergantung kepada kapasiti pengeluaran pihak industri dan keperluan semasa.



“Selama ini kita hanya import keratan ayam saja dan harapnya pihak industri akan sama-sama membantu untuk stabilkan semula pengeluaran ayam dan telur,” katanya.

Selain itu katanya, pihak industri juga diharap dapat menyahut seruan kerajaan untuk menceburi projek tanaman jagung untuk makanan haiwan bagi mengatasi isu dedak import mahal.

“Kita di kementerian menggalakkan jagung ditanam di negara kita bagi mengimbangi permintaan penternak ayam dan kita harap ada industri yang menyahut seruan kerajaan seperti tanaman lain sawit agar jagung juga diusahakan.

“Kita juga sudah memberi subsidi sebanyak 60 sen kepada sekilogram dedak bagi membantu rakyat dan mengawal kenaikan harga ayam dan telur,” katanya. BH



4 bulan untuk stabilkan bekalan dan harga ayam, telur


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha



Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker