Sitkom Mr. Bean didakwa ganas, kurang ajar

LONDON –  Komedia situasi (sitkom)  popular era 90-an, Mr. Bean berdepan kritikan masyarakat apabila ia dilabel terlalu ‘kurang ajar dan ganas’, lapor akhbar Daily Star UK, kelmarin.

Watak Mr. Bean yang dilakonkan oleh Rowan Atkinson kembali popular selepas siri yang bertahan lima musim dari 1990 hingga 1995 itu kembali ditayangkan di laman penstriman Amazon Prime dan Netflix.

Sesetengah ibu bapa dan guru menuntut agar kategori umur diubah untuk memberi amaran kepada penonton bahawa rancangan itu mengandungi gurauan kasar, tingkah laku berbahaya dan aksi ganas.



Buat masa ini, rancangan komedi itu dinilai sebagai Umum (U) dan tidak mengandungi bahan yang menyinggung perasaan atau membahayakan serta sesuai ditonton oleh kanak-kanak berumur empat tahun ke atas.

Jocelyn Crooke, 41, berkata, dia terpaksa melarang anaknya, Daisy yang berusia tujuh tahun menonton sitkom itu selepas menyaksikan satu episod menunjukkan Bean mencucuk seorang doktor gigi dan menanggalkan pakaian.

“Saya sangat menyayangi Mr. Bean tetapi ada beberapa adegan yang agak ekstrem buat kanak-kanak,” kata Crooke.

Sementara itu, seorang guru yang enggan identitinya didedahkan berkata, dia turut bersetuju dengan penilaian semula rancangan itu kepada tahap umur yang lebih sesuai.



Ini kerana terdapat beberapa adegan yang tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak dan dikhuatiri bakal mempengaruhi tingkah laku mereka kelak. – Agensi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker