Jumlah ibu tunggal meningkat

Gambar Hiasan

SHAH ALAM – Banci Penduduk dan Perumahan 2020 mendapati jumlah ibu tunggal hampir mencecah 1 juta orang di negara ini apabila mencatatkan peningkatan sebanyak 8.3 peratus berbanding tahun 2010.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kini terdapat seramai 910,091 orang ibu tunggal di negara ini persamaan dengan 8.3 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara.

“Satu perkara yang menarik ialah kita dapati penduduk di negara ini seramai 32.4 juta mengikut bancian, di mana 2.7 juta adalah warga asing.

“Jadi, mungkin ada pertikaian tetapi inilah angka yang sebenarnya. Ini ada kaitan dengan wabak Covid-19 juga apabila ada beberapa ribu warga asing telah balik ke negara masing-masing,” katanya pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Dapatan Awalan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020) di Dewan Canselor Management Science Univeristy, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, bancian juga mendapati bilangan rakyat Malaysia berusia 60 tahun ke atas ialah 10.30 peratus manakala 6.8 peratus berusia 65 tahun ke atas.

“Ini adalah satu penemuan yang penting dalam konteks negara Malaysia menjadi negara yang menua.

“Mengikut jangkaan menjelang tahun 2030, bilangan ini akan bertambah apabila warga emas berusia 65 tahun ke atas akan mencecah lebih 10 peratus,” ujarnya.

Katanya, penemuan Banci 2020 akan dijadikan tanda aras baharu untuk kerajaan menggariskan polisi dan dasar yang berkaitan dalam pembangunan kesejahteraan rakyat, di samping dapat memberikan input yang menyeluruh dalam pelaksanaan dasar sedia ada seperti Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Rancangan Malaysia Ke-12 dan Agenda 2030 Pembangunan Mampan (SDGs).

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya berpuas hati dengan dapatan bancian tahun 2020 walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran seperti pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kali ini kita mendapat sokongan kuat daripada kerajaan-kerajaan negeri termasuklah pihak berkuasa tempatan dan 43,000 warga Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah terlibat untuk mengumpul data ini.

“Data-data ini juga penting untuk membantu ahli-ahli Parlimen supaya mereka tahu profil kawasan masing-masing, dapat berbahas dengan lebih berfakta dalam Parlimen,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Jumlah ibu tunggal meningkat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker