Amang seksual, guru tahfiz diarah bela diri


Amang seksual, guru tahfiz diarah bela diri

Seorang guru Maahad Tahfiz yang sebelum ini dilepas dan dibebaskan dari tuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki pada 2018 diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman, Hasbullah Adam memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie satu daripada tiga pertuduhan terhadap Mohamad Ajmal Mohamed Khairi, 26, dalam rayuan keputusan Mahkamah Sesyen sebelum ini.

Beliau berkata pendengaran penuh bagi rayuan kes itu ditetapkan pada 25 Januari lalu dengan pihak perayu atau pihak pendakwaan dan responden (Mohamad Ajmal) bersetuju supaya dibuat pada penghujahan bertulis.

“Setelah meneliti rekod rayuan serta mengambil kira hujahan bertulis, mahkamah mendapati wujud kes prima facie bagi pertuduhan pertama iaitu kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang dibaca bersama dengan Seksyen 16 akta sama.

“Manakala pihak pendakwaan didapati gagal membuktikan kes prima facie bagi kesalahan mengikut Seksyen 14 (b) Akta 792 serta Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

“Justeru, mahkamah memerintahkan rayuan pendakwaan dibenarkan dan tertuduh dipanggil membela diri bagi pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta 792 di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ampang.

“Seterusnya, kes disebut semula di mahkamah berkenaan pada jam 2 petang hari ini,” katanya dalam penghakiman.

Permohonan rayuan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zatil Hidayah Ali, manakala responden diwakili Ahmad Ishrakh Saad.

Berdasarkan rekod, Mahkamah Sesyen Ampang pada 4 Oktober 2019 melepas dan membebaskan Mohamad Ajmal selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bagi tiga pertuduhan dihadapi guru terbabit.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohamad Ajmal didakwa sebagai guru telah melakukan sentuhan seksual fizikal ke atas remaja lelaki yang ketika itu berusia 14 tahun yang juga muridnya mengikut Seksyen 14(a) Akta 792 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa membuatkan remaja itu menyentuh kemaluannya mengikut Seksyen 14 (b) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman sama.

Selain itu, dia juga dengan sengaja melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa sama mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang sekiranya disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun dan sebatan. BH

Amang seksual, guru tahfiz diarah bela diri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker