Bekas calon PRK Port Dickson didakwa bunuh suami

SEREMBAN  – Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh suaminya di sebuah rumah di Rasah Kemayan Seremban 2 di sini, Ahad lalu.

Tertuduh, Lau Seck Yan, 55 seorang suri rumah dan juga bekas calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norzaliza Tesmin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Pada prosiding tersebut, Seck Yan memberitahu, dia tidak sepatutnya didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Ini satu pertuduhan mengkhianat dan memfitnah saya. Saya tidak sanggup didakwa di bawah seksyen tersebut (membunuh),” katanya.

Mengikut pertuduhan, wanita itu ddakwa menyebabkan kematian suaminya, Poh Seng Hiap, 55.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.

Terdahulu, tertuduh yang tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9.30 pagi menarik perhatian orang ramai apabila berulang kaki menjerit memaklumkan dia tidak membunuh sesiapa dan menjadi mangsa sebaik keluar daripada kenderaan polis.

“Saya tidak bunuh sesiapa. Saya adalah mangsa. Saya telah dituduh (membunuh).

“Ingat muka saya, ingat kata-kata saya. Saya tidak bunuh sesiapa. Mereka nak siasat saya di bawah seksyen ini (membunuh), ini tidak adil dia (mangsa) tolak saya,” ujarnya.

Bekas calon PRK Port Dickson didakwa bunuh suami


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker