Maruah pemimpin keluar parti ibarat ‘tepuk air di dulang’

Maruah pemimpin keluar parti ibarat ‘tepuk air di dulang’

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi secara sinis menyindir kenyataan yang membidas tindakan keluar parti Ketua Bersatu bahagian Tebrau, Mazlan Bujang, semalam yang disifatkan presiden parti tersebut, Muhyiddin Yassin sebagai tidak bermaruah.

Tanpa menyebut sebarang nama, Zahid berkata, apabila ‘menepuk air di dulang, maka ia terpercik muka sendiri’.

“Saya tidak perlu memberikan sebarang reaksi kepada sebarang persoalan maruah…

“Apabila menepuk air di dulang maka akan terkena kepada seseorang dan tentunya terkena muka sendiri,” kata Zahid dalam satu video yang disiarkan di portal Umno-Online, hari ini.

Dalam hal berkenaan, presiden Umno itu meningatkan kembali mengenai gerak kerja yang dilakukan sehingga 15 orang ahli Parlimen Umno berpaling tadah dan menyertai Bersatu.

“Tentunya kalau kita mempunyai kewibawaan untuk menjaga parti maka pasti tidak ada sesiapa di kalangan kepimpinan yang meninggal parti terutamanya apabila pilihan raya negeri (PRN) Johor akan diadakan.

“Kita tahu bahawa gerak kerja yang dilakukan hingga 15 ahli parlimen daripada Umno yang melakukan pelompatan itu maka adakah itu namanya maruah?’ soalnya.

Semalam Mazlan melepaskan jawatan dalam parti serta-merta dan secara terbuka memaklumkan menyokong Menteri Besar Johor Hasni Mohammad dan BN.

Kedua-dua parti itu, Bersatu dan Umno menyasarkan orang Melayu sebagai asas sokongan mereka.

Menerusi Langkah Sheraton, Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan sehingga menyebabkan kerajaan yang dipimpin oleh Dr Mahathir Mohamad ketika itu tumbang. Sebelum itu, Bersatu juga berjaya memujuk 15 ahli parlimen Umno menyertai parti tersebut.

Muhyiddin kemudian mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 1 Mac 2020.

Namun 17 bulan kemudian, ahli parlimen Umno menarik sokongan terhadapnya menyebabkan dia hilang majoriti. Dia kemudian digantikan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.

Buat masa ini, Bersatu kekal sebahagian dalam kerajaan pimpinan Umno tetapi Umno tidak berselindung dalam menyatakan hasratnya untuk melawan Bersatu dalam PRU15.

Bersatu adalah parti utama dalam gabungan Peringkatan Nasional (PN) yang merangkumi PAS, Gerakan, Star dan SAPP sebagai rakan kongsinya manakala Umno pula adalah tunjang BN dengan MCA, MIC dan PBRS sebagai rakan kongsi. GPS adalah rakannya di Sarawak manakala PBS pula merupakan sekutunya di Sabah.

Kerajaan Negeri Johor sebelum ini diterajui BN dengan 28 kerusi merangkumi Umno (14 kerusi) dan MIC (dua) serta disokong Bersatu (11) dan PAS (satu) manakala PH dengan 27 kerusi iaitu DAP (14), PKR (tujuh) dan Amanah (enam). Mk

Maruah pemimpin keluar parti ibarat ‘tepuk air di dulang’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker