Muhyiddin ini memang cakap tak serupa bikin dari dulu – Isham

Muhyiddin ini memang cakap tak serupa bikin dari dulu – Isham

Tindakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang enggan melepaskan jawatan selepas ada dakwaan di mahkamah dianggap sebagai ‘cakap tidak serupa bikin’.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, sebelum ini Bersatu menyuruh pemimpin UMNO meletak jawatan jika didakwa, tetapi mereka tidak pula berbuat demikian.



“Apabila sudah ada pertuduhan dan dakwaan, dia tidak letak jawatan sebab kononnya kawan-kawan dia tak bagi.

“Apa punya sembang, Muhyiddin ini memang cakap tak serupa bikin dari dulu,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Jelas Isham lagi, tidak hanya itu, malah Muhyiddin juga sebelum ini ada memberi kenyataan bahawa menjadi meletak jawatan adalah standard kepada Bersatu jika didakwa.

“Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan kena dakwa dan letak jawatan tetapi Muhyiddin tidak pula,” katanya.



Isham turut menempelak Muhyiddin yang sebelum ini lantang menuduh parti lain sebagai kleptokrat.

“Dulu dia kata orang, sekarang kes kleptokrat dialah yang paling besar dalam sejarah Malaysia.

“Sekarang dia nak buat ‘Gelombang Abah @ Gelabah’ dan akan tunggang parti komponen Perikatan Nasional seperti biasa lagi sebab Bersatu tiada akar umbi.

“Lain kali jangan guna duit komisen kontraktor rundingan terus daripada projek kerajaan untuk biaya kempen politik kamu seperti yang kamu didakwa buat sebelum ini,” tambahnya.



Terdahulu, Muhyiddin berhadapan enam pertuduhan iaitu empat membabitkan dakwaan menerima suapan berjumlah RM232.5 juta manakala dua lagi pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta empat tahun lalu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat Muhyiddin didakwa sebagai Perdana Menteri dan Presiden Bersatu menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan empat suapan masing-masing RM200 juta, RM1 juta, RM19.5 juta dan RM12 juta yang berjumlah RM232.5 juta.

Kesemua suapan yang diterima Muhyiddin itu daripada tiga syarikat dan seorang individu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 1 Mac 2020 hingga 20 Ogos 2021.



Bagi empat pertuduhan itu, Muhyiddin didakwa di bawah seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, Muhyiddin boleh dipenjara hingga 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Sementara itu, bagi pertuduhan kelima dan keenam, Muhyiddin didakwa atas dua pertuduhan iaitu sebagai Presiden Bersatu menerima hasil daripada aktiviti haram masing-masing RM120 juta dan RM75 juta daripada sebuah yayasan yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik parti itu.

Pertuduhan kelima dan keenam itu dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada AktivitiHaram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta sama.



Akta 613 ini memperuntukkan hukuman penjara hingga 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan. MG

Muhyiddin ini memang cakap tak serupa bikin dari dulu – Isham

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker