Isteri merajuk enggan buat kerja rumah kerana mulut suami

Wanita itu menunjukkan keadaan rumahnya yang bersepah selepas suaminya membuat komen dia tidak membuat kerja di kediamannya. – Foto TikTok/@lindsaydonnelly2

LOS ANGELES, California – Seorang wanita tidak melakukan kerja rumah dan berkongsi hasilnya di internet selepas suaminya mendakwa bahawa dia hanya duduk di rumah, lapor portal berita Tyla semalam.

Pada hari Sabtu minggu lalu, seorang pengguna TikTok, @lindsaydonnelly2 berkongsi video di mana dia menunjukkan keadaan rumahnya selepas dua hari dia enggan mengemas ekoran komen suaminya itu.

Bagi menjelaskan situasi itu, dia menulis: “Suami saya membuat komen bahawa saya tidak melakukan apa-apa di rumah. Jadi selama dua hari, saya benar-benar tidak melakukan apa-apa.”

Dalam klip video itu, Donnelly pertama kali mempamerkan dapurnya yang bersepah, permainan anaknya dan pinggan mangkuk kotor.

Dia kemudian menggerakkan lensa kamera ke ruang makan, di mana terdapat kemeja putih dan seterika di atas meja makan.

Ramai pengguna TikTok yang menonton video itu menulis komen dan anda antara mereka yang meminta dia  menceraikan suaminya.

Bagaimanapun, dalam video susulan, suaminya menyertainya untuk menjelaskan keadaan dan berkata bahawa dia telah meminta maaf berikutan komennya itu. – Agensi

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker