Pelajar temui kepala tikus dalam makanan, universiti kata leher itik

Kepala tikus itu ditemui di celahan nasi dan kacang panjang. – Twitter

Seorang pelajar di China menemui seketul daging berbentuk seakan kepala tikus ketika menikmati hidangan yang dibelinya dari sebuah kafeteria, lapor laman berita Mothership semalam.

Akhbar Shanghai Daily melaporkan, ketulan berwarna hitam, berbulu dan bergigi itu ditemui pada 1 Jun lalu di kafeteria Kolej Politeknik Industri Jiangxi di Nanchang.

Kepala tikus itu ditemui di celah nasi dan potongan kacang panjang.

Pelajar lelaki itu kemudian membuat aduan kepada kakitangan kafeteria.



Bagaimanapun, mereka mendakwa bahawa objek yang tidak dapat dikenal pasti itu merupakan daging itik.

Pelajar itu kemudian memuat naik video penemuan kepala tikus itu di media sosial dan ia mencetuskan bantahan orang ramai.

Pada 3 Jun lalu, pihak pentadbiran mengeluarkan kenyataan bahawa selepas ‘pemeriksaan dan perbandingan berulang kali’, mereka mendapati ketulan itu merupakan leher itik.

Kenyataan itu mencetuskan perdebatan sengit di mana netizen mempertahankan bahawa ia merupakan kepala tikus.



Susulan kejadian tersebut, kafeteria itu kurang menerima pelanggan selepas pelajar lebih memilih untuk memesan makanan dari luar kolej. – Agensi

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel



Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker