Bapa dilumur bedak ketika kenduri doa selamat anak [VIDEO]

Lelaki itu kelihatan pasrah ketika dilumuri bedak oleh orang ramai. – TikTok

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang bapa dilumur bedak oleh orang ramai ketika kenduri doa selamat bayinya yang baru dilahirkan, lapor laman berita Liputan 6 semalam.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @kuryadi_barera.

Seorang bapa kelihatan menggendong bayinya di hadapan tetamu yang berdiri sambil berselawat.

Sebuah dulang berisi bekas bedak turut diedarkan kepada setiap tetamu ketika bapa itu berjalan di hadapan mereka.



@kuryadi_barera

Pasabber Yeh Teh🤣🤪

♬ suara asli – MOCHAMAD KURYADI – MOCHAMAD KURYADI

Beberapa tetamu bukan sahaja meletakkan bedak di wajah bayi tersebut, malah mereka bergurau dengan melemuri muka bapanya.



Wajah lelaki itu yang berkulit sedikit gelap kemudian dipenuhi tompokan bedak putih.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Jadi keliru bayinya yang mana satu,” komen seorang netizen. – Agensi

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS



Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel



Komplot jahat doktor pakar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker