Himpunan #TangkapAzamBaki menyusahkan rakyat dan peniaga
KUALA LUMPUR – Peniaga dan pekerja premis di Jalan Bangsar, di sini menyuarakan rungutan terhadap penganjuran perhimpunan #TangkapAzamBaki di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, pada Sabtu.
Ia berikutan beberapa laluan dilencongkan dan ditutup membabitkan Jalan Bangsar, susur Jalan Bangsar Utama, Jalan Travers menuju ke Jalan Bangsar, Jalan Rakyat menuju ke Jalan Bangsar dan Jalan Maarof menuju ke Jalan Bangsar bermula jam 7 pagi tadi.
Menurut pengusaha bengkel motosikal dikenali sebagai Lee, 50-an berkata, bengkelnya terpaksa dibuka lewat daripada jadual asal pada jam 10 pagi.
Katanya, disebabkan laluan masuk ke jalan ini ditutup akibat perhimpunan itu, premis terpaksa dibuka lewat.
“Akibat himpunan, tiada orang hadir dan macam mana kami hendak buka? Ia memang kacau perniagaan ini.
“Saya tidak mahu ulas banyak. Agak kecewa juga. Susah orang hendak datang, kena tunggu semuanya selesai dan jalan buka dulu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Sabtu.
Selain itu, pekerja makanan segera, Samsudin Hasan, 43, berkata, perhimpunan itu mengganggu laluan hadapan premis.
“Sebaiknya himpunan tidak perlu dibuat kerana banyak kalangan peniaga di sini akan terjejas. Bukan itu sahaja, penghantar makanan juga tidak dapat ‘job’ hari ini.
“Khidmat penghantaran pun kami tutup buat masa ini. Kebiasaan masa cuti ini, premis telah dihadiri pengunjung dan pembeli,” ujarnya.
Tambahnya, perhimpunan itu telah menyekat pendapatan penghantar makanan Food Panda dan Grab Food dalam kalangan anak muda.
Sementara itu, bagi pekerja kedai emas, Lim Chee Chia, 38, dia terpaksa membuka premisnya lewat beberapa jam.
“Sepatutnya kedai dibuka pada jam 9 pagi. Tapi himpunan yang berlaku hari ini menyukarkan operasi kedai dan terpaksa lewat.
“Pelanggan tidak boleh hadir sebab jalan-jalan ditutup. Ia memang kacau perniagaan ini,” katanya.
Baca Artikel Menarik:
- Lori kontena rempuh puluhan kenderaan, 5 maut (Video)
- Tampal jalan berlubang dengan baju bundle, mana YB? -netizen
- Pemilihan DAP, Anthony bakal ganti Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP
- Tuan Ibrahim bidas Mat Sabu minta bom pam air di Sungai Muda
- Dijel kerana cuba curi tumbuhan lebih setengah juta ringgit
- Malaysia mungkin tenggelam?
- Bolehkah Muhyiddin bertahan dalam PRN Johor?
- Bengang dikeluarkan, Ronaldo lempar jaket
- Pencuri Tabung Masjid Dikafankan AJK Masjid (Video)
- Suami Ajak Rakan ‘Ratah’ & Bogelkan Isteri Tengah Baring Atas Katil
- Sempat selfie semasa kereta karam dalam sungai
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Himpunan #TangkapAzamBaki tidak jadi berarak, kini duduk sekat jalanraya