Gerakan ‘Tangkap Azam Baki’ buat kecoh di LRT Bangsar

KUALA LUMPUR – Laungan ‘Hidup Hidup! Tangkap Tangkap Azam Baki!’ mula dilaungkan oleh sekumpulan aktivis yang hadir dalam perhimpunan #TangkapAzamBaki di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, di sini pada Sabtu.

Kumpulan yang diketuai aktivis, Adam Adli Abdul Halim itu mula hadir kira-kira jam 10.50 pagi.

Kumpulan itu turut membawa plakad bertulis ‘Lawan’ selain gambar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.



Setakat jam 11 pagi, lebih 30 peserta yang memakai baju t-shirt warna hitam telah berkumpul.

Turut kelihatan bendera parti DAP selain peserta yang memakai baju logo parti Pejuang.

Gerakan ‘Tangkap Azam Baki’ buat kecoh di LRT Bangsar


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda terkejut kena saman



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker