Lelaki Mengamuk Kereta Kena ‘Clamp’ Undang Pertikaian Netizen (Video)

Lelaki Mengamuk Kereta Kena ‘Clamp’ Undang Pertikaian Netizen (Video)

Sebahagian pemilik airbnb/homestay menyediakan tempat parkir khas untuk setiap penyewa yang datang menginap di rumah mereka. Itu merupakan salah satu nilai tambah untuk menarik lebih ramai penyewa datang ke tempat tinggal mereka.

Tular satu rakaman video berdurasi satu minit di mana seorang pemilik SUV Mazda cuba menggerakkan keretanya walaupun pengawal keselamatan telah clamp tayar kereta tersebut.

Sejurus lelaki itu keluar daripada keretanya, dia terus melepaskan kemarahan kepada pengawal keselamatan yang merakam kejadian terbabit dengan mendakwa dia sedang terburu-buru mahu pergi ke hospital kerana ada kecemasan.

Pada masa dia mengaku bersalah kerana meletakkan kenderaan di situ dan menegaskan sanggup meninggalkan kad pengenalan dan kunci rumah bagi membolehkan clamp pada keretanya dibuka.

Bagaimanapun, pengawal keselamatan itu menyatakan dia hanya akan membuka clamp tersebut sekiranya lelaki terbabit membayar denda sebanyak RM100 seperti yang ditetapkan oleh pengurusan kawasan perumahan itu.

Hantaran video itu telah meraih pertikaian oleh netizen, ada yang menyatakan jika lelaki tersebut bertenang dan berbincang dengan baik, mungkin pengawal keselamatan akan membuka clamp tersebut tanpa sebarang masalah.

Pada masa sama, ada yang memihak kepada lelaki terbabit setelah dia mendakwa sedang dalam kecemasan sehingga sanggup meninggalkan kad pengenalan dan kunci rumah untuk pergi ke hospital.

Menurut individu yang memuat naik video ini, lelaki tersebut merupakan penyewa homestay dan telah meletakkan keretanya di parkir penduduk kawasan perumahan tersebut selama lebih 2 hari, serta tidak meletakkan nombor telefon bagi memudahkan orang lain menghubungi lelakinya.

Tambahnya lagi, homestay yang didiami oleh lelaki itu mempunyai lot parkir sendiri, namun lelaki terbabit tetap berkeras mahu meletakkan keretanya di tempat parkir penduduk kerana berhampiran dengan lif. Jadi sebab itulah kenderaannya kena clamp dengan pihak pengawal keselamatan. Vc

Lelaki Mengamuk Kereta Kena ‘Clamp’ Undang Pertikaian Netizen (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Saya tak dapat dedahkan siapa individu itu – Suki Low

Nabila Huda terkejut kena saman

Zarina Anjoulie Dedah Pendapatannya Sebagai ‘Influencer’ Lebih Lumayan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker