Kontroversi beri 2 markah, Ajai tetap tak serik

Kontroversi beri 2 markah, Ajai tetap tak serik

KOMPOSER terkenal, Ajai bercadang ingin menggunakan kaedah pemarkahan bermula dengan angka dua ketika membuat penjurian kepada peserta Big Stage 2022 musim keempat pada tahun ini.

Sebelum ini, Ajai mencetuskan kontroversi apabila memberikan dua markah kepada penyanyi Hafiz Zainal pada edisi ketiga program terbabit sehingga ramai pihak mempersoalkan kredibilitinya sebagai seorang juri.



Walau bagaimanapun, Ajai mendedahkan, dia tidak pernah menyesal dengan tindakannya itu dan akan tetap menggunakan cara yang sama dalam memberi pemarkahan pada tahun ini.

“Saya akan bermula dengan angka dua, saya akan tetap dengan dua markah saya dan ia akan meningkat. Tapi kalau nak dapat markah 100, itu memang betul-betul ajaib lah.

“Saya tak pernah menyesal bagi dua markah sebab saya datang sini untuk mengajar orang. Saya bekerja dengan ramai orang dan saya mahu berkongsi ilmu yang ada pada semua,” katanya.

Tambah Ajai, netizen berhak untuk melontarkan pendapat dan menganggap mereka adalah aset penting untuk industri seni tanah air.



Katanya, dia sudah bersedia dengan segala kritikan yang akan dilemparkan kepadanya kelak.

“Saya sudah biasa dan bersedia untuk menerima kecaman daripada orang ramai sebaik sahaja saya menjadi juri Big Stage. Bagi saya netizen ini adalah pasaran. Kita perlukan mereka dalam industri seni kita.

“Janganlah pula kita dah mendidik orang tapi masih dihentam. Pada saya itu sudah tiada tamadun. Kita kena ada perikemanusiaan,” tegasnya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai peserta Big Stage 2022, jelas Ajai, ke semua mereka telah memenuhi kriteria yang diperlukan.



Bahkan, majoriti peserta adalah mereka yang mula tular di aplikasi TikTok dan ia adalah konsep asal program ini.

“Itu sebenarnya konsep program ini, sama ada dia tular dengan lagu sendiri atau viral dengan ‘cover version’. Itu yang membuatkan dirinya menonjol.

“Pada kita itu adalah konsep program ini tapi kita nak juga konsep itu dijadikan satu set yang lengkap. Jadi tujuan utamanya masih menyanyi.

“Apa yang peserta kongsikan dalam TikTok, itu adalah dalam aplikasi tersebut. Tapi jika di atas pentas persembahan, itu berdasarkan apa yang peserta nyanyikan sekarang,” ujarnya. Utv



Kontroversi beri 2 markah, Ajai tetap tak serik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman



Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Cerai, hilang datuk dalam sehari



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker