RM125.5 juta bantuan wang ihsan telah disalur – PM

RM125.5 juta bantuan wang ihsan telah disalur – PM

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak RM125.504 juta telah disalurkan kepada negeri-negeri yang terjejas banjir bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah sehingga semalam.

Menurut Perdana Menteri, bagi mangsa-mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan banjir (PPS), prestasi pengagihan adalah 97.3 peratus daripada bilangan ketua isi rumah yang layak bagi gelombang pertama banjir meliputi lapan negeri.

“Prestasi pengagihan bagi gelombang kedua pula adalah 57.3 peratus meliputi negeri Terengganu, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Sabah dan Johor,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian ketika sesi penerangan berkenaan situasi bencana banjir penghujung 2021 pada Sidang khas Parlimen hari ini.

Ujar Perdana Menteri, bagi mangsa banjir yang tidak berpindah ke PPS, prestasi pengagihan adalah 50.8 peratus.

Kata Ismail Sabri, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pula telah menyalurkan RM25 juta kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) menggunakan tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) bagi pengagihan Bantuan Pembelian Keperluan Asas (BPKA) kepada ketua isi rumah yang layak.

Menurut beliau, keseluruhannya kerajaan telah mengumumkan bantuan Keluarga Malaysia berjumlah RM1.4 bilion bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir kali ini.

“Jumlah ini adalah bantuan secara terus oleh kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan.

“Selain daripada jumlah ini, kerajaan juga telah menyediakan peruntukan bagi pembaikan infrastruktur, kerosakan dan sebagainya yang jauh melebihi nilai tersebut,” jelasnya.

Antara bantuan lain yang diberikan adalah membina dan membaik pulih rumah; baucar diskaun pembelian alat elektrik dan rebat bil elektrik bulan 12/2021; pinjaman mikro Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk isi rumah; pinjaman TEKUN untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta moratorium pinjaman mangsa banjir.

Mengenai perkembangan kerja-kerja pembersihan dan pembaikan infrastruktur, Ismail Sabri berkata 99.67 peratus telah siap dilaksanakan bagi kerja pembersihan Fasa 1 melibatkan enam negeri iaitu Johor, Pahang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga 18 Januari lepas.

“Sebanyak 100 peratus pula bagi Fasa 2 yang melibatkan dua negeri iaitu Negeri Sembilan dan Melaka telah dibersihkan dengan jumlah sisa terkumpul yang dibersihkan bagi kedua-dua fasa adalah 85,516 tan,” katanya.

Selain itu, semua kawasan yang terjejas bekalan elektrik telah disambung semula sehingga 11 Januari lalu manakala 1,058 dari 1,066 infrastruktur komunikasi yang terjejas telah diperbaiki setakat semalam.

“Dalam pada itu, terdapat kerosakan infrastruktur awam, premis-premis kerajaan, kerugian perniagaan, kediaman rakyat dan lain-lain kerosakan sedang dinilai oleh agensi berkaitan,” katanya. Utv

RM125.5 juta bantuan wang ihsan telah disalur – PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Cerai, hilang datuk dalam sehari

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker