RUU Anti Lompat Parti dibentang 28 Feb ini



RUU Anti Lompat Parti dibentang 28 Feb ini

Kerajaan akan memuktamad dan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14 Tahun 2022 mulai 28 Feb ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pembentangan RUU itu selaras hasrat Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk mempercepatkan undang-undang melarang lompat parti.

Semalam, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata, 13 daripada 18 perkara dalam kemorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan pusat September lalu telah dilaksanakan.

Bagaimanapun, pembentangan RUU itu belum dilaksanakan.




MoU mengenai transformasi dan kestabilan politik yang meliputi enam bidang utama, ditandatangani pada 13 Sept 2021 oleh Ismail dan pemimpin tertinggi PH yang terdiri daripada Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden UPKO Wilfred Madius Tangau.

Ia bertujuan mewujudkan kestabilan politik yang diperlukan untuk menangani pandemik Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata, sebuah jawatankuasa teknikal akan ditubuhkan minggu depan untuk meneliti dasar berkaitan isu anti lompat parti.

“Keanggotaan jawatankuasa teknikal ini terdiri daripada empat wakil kerajaan dan empat wakil PH.”

Bulan lalu, Wan Junaidi dilaporkan berkata, rang undang-undang anti lompat parti itu dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat Julai ini.




Beliau berkata, kerajaan sedang mengkaji sama ada terdapat keperluan meminda Perlembagaan Persekutuan atau mewujudkan undang-undang baharu sebelum rang undang-undang anti lompat parti boleh dibentangkan. FMT

RUU Anti Lompat Parti dibentang 28 Feb ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Cerai, hilang datuk dalam sehari



Leave a Reply

Your email address will not be published.