Isu saham Azam Baki: Tiada bukti pelanggaran bawah Seksyen 25(4), kata SC



Isu saham Azam Baki: Tiada bukti pelanggaran bawah Seksyen 25(4), kata SC

Siasatan Suruhanjaya Sekuriti tidak menemui kepastian muktamad bahawa Azam Baki melakukan kesalahan berhubung isu pemilikan saham dalam syarikat tersenarai pada 2015-2016.

Dalam kenyataan ringkas, SC menyatakan ia telah menjalankan siasatan dan berdasarkan bukti yang ada “SC tidak dapat memastikan secara konklusif berlaku kesalahan bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat).”

Seksyen 25(4) menetapkan semua akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mesti menggunakan nama pemilik pemanfaat sekuriti deposit atau penama yang dibenarkan.

Azam menafikan sebarang salah laku sebelum ini dan berkata pembelian lebih 4 juta saham dan waran dua syarikat tersenarai awam dilakukan oleh adiknya, Nasir Baki, dengan menggunakan akaun dagangan beliau.




Azam berkata, dia telah memaklumkan perkara itu kepada pihak atasan ketika itu.

Sejurus penafian itu, SC selaku pengawal selia pasaran modal tempatan melancarkan siasatan dan meminta Azam mengesahkan dan menjelaskan alasan tersebut.

Isu itu tercetus pada 14 Dis lalu apabila Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah mendakwa Azam adalah pemilik lebih empat juta saham dan waran dalam dua syarikat tersenarai sewaktu beliau merupakan Pengarah Siasatan SPRM antara 2015 dan 2016.

Tidak lama kemudian, ahli panel pemantau SPRM, Edmund Terence Gomez, meletak jawatan selepas mendakwa panel itu gagal membincangkan laporan dan maklumat mengenai dakwaan pembabitan Azam dalam perniagaan secara langsung dan tidak langsung.

Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Borhan Dolah, bagaimanapun berkata, e-mel Gomez langsung tiada memperkatakan mengenai isu salah laku yang dikaitkan dengan Azam – dakwaan yang dinafikan oleh ahli ekonomi itu.




Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dijadualkan bermesyuarat esok bagi membincangkan isu Azam itu namun ditangguhkan bagi mendapatkan pandangan undang-undang susulan bantahan daripada Azam. FMT

Isu saham Azam Baki: Tiada bukti pelanggaran bawah Seksyen 25(4), kata SC


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya

Amy punca kemelut Search?



Leave a Reply

Your email address will not be published.