Adakah kamu buat laporan desakan campur tangan kes mahkamah, Gobind soal Muhyiddin

Adakah kamu buat laporan desakan campur tangan kes mahkamah, Gobind soal Muhyiddin

Gobind Singh Deo daripada DAP mempersoalkan sama ada bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melaporkan desakan yang didakwa dibuat terhadapnya untuk campur tangan dalam badan kehakiman semasa beliau menyandang jawatan tersebut.

“Adakah Muhyiddin Yassin membuat laporan polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan beliau bahawa ada pihak tertentu mendesaknya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang didakwa atas kesalahan jenayah semasa beliau menjadi Perdana Menteri?” soal Ahli Parlimen Puchong itu dalam catatan di Facebook.

Beliau meminta Muhyiddin menjelaskan dakwaan yang dibuatnya dalam siaran langsung pada Ogos tahun lepas bahawa beliau diminta campur tangan dalam kes berprofil tinggi tertentu.

“Muhyiddin juga berkata beliau tidak melayan tuntutan itu,” katanya.

“Dakwaan yang dibuat oleh Muhyiddin adalah sesuatu yang serius. Dakwaan tersebut disiarkan dan disebarkan secara meluas oleh akhbar. Ia adalah perkara berkepentingan awam dan mesti ditangani mengikut undang-undang.”

Katanya, bawah Seksyen 25(1) Akta SPRM, Muhyiddin hendaklah membuat laporan kerana menjanjikan atau menawarkan suapan atau menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan adalah melanggar undang-undang.

“Jadi saya menggesa (Muhyiddin) memberikan respons atas perihal ini. Adakah beliau sudah membuat laporan dan jika sudah, adakah dia menyatakan nama mereka yang didakwa telah membuat desakan itu?” soalnya. FMT

Adakah kamu buat laporan desakan campur tangan kes mahkamah, Gobind soal Muhyiddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya

Amy punca kemelut Search?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker