Manchester United berdepan ‘pemberontakan’ 11 pemain?

Sebaran :

Manchester United berdepan ‘pemberontakan’ 11 pemain?

MANCHESTER: Pengurus manchester United, Ralf Rangnick kini berdepan situasi sukar apabila dilaporkan terdapat pemberontakan dalam kalangan pemain.

Red Devils kalah mengejut 0-1 kepada Wolverhampton di Old Trafford, Isnin lalu yang menyebabkan mereka bergelut untuk memburu kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris, iaitu slot automatik ke Liga Juara-Juara musim depan.

Pada awal bulan lalu, kelab memecat legenda pasukan, Ole Gunnar Solskjaer untuk diganti dengan pengurus sementara, Ralf Rangnick, yang terkenal memiliki taktik permainan sukar.



Akhbar The Mirror melaporkan, terdapat 11 orang pemain yang mahu meninggalkan kelab itu sejak bekas jurulatih mereka, RB Leipzig menyertai United.

Jesse Lingard, Donny van de Beek, Eric Bailly and Dean Henderson antara pemain yang dilaporkan tidak berpuas hati dengan keputusan kelab.

Henderson dikhabarkan sudah lama mahu meninggalkan pasukan, namun dihalang Rangnick kerana masih mahu menyimpannya, manakala Lingard dan Van de Beek, masing-masing belum mula bermain dalam liga sejak jurulatih Jerman itu mengambil alih jawatan sebagai jurulatih.

Akhbar itu menyebut, sesiapa yang tidak tersenarai dalam pasukan utama rata-ratanya tidak gembira dengan situasi yang sedang dilalui, sama ada terhadap penolong pengurus, pihak kejurulatihan dan taktik permainan.



Ditambah pula dengan kontrak Rangnick yang disambung pada hujung musim ini, dia dilihat hanya diberi tugasan sebagai konsultan dan bukan untuk mengendali pasukan sebagai jawatan tetap.

Sumber memberitahu, perkara itu tidak baik untuk keadaan semasa pasukan memandangkan perkara ini berpotensi menjadi masalah besar buat United. Utusan

Manchester United berdepan ‘pemberontakan’ 11 pemain?


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)

Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *