Arab Saudi kenakan tempoh menunggu 10 hari untuk permit umrah

Arab Saudi memperkenalkan sekatan baharu terhadap pengeluaran permit umrah, di tengah-tengah lonjakan kes COVID-19 membabitkan varian Omicron.

Awal minggu ini, Kementerian Haji dan Umrah mengenakan tempoh menunggu 10 hari antara dua umrah untuk mencegah penularan COVID-19 di tanah suci. 

Kementerian sebelum ini mengenakan jurang 15 hari antara pelaksanaan dua jemaah umrah tetapi membatalkan langkah itu pada Oktober. 



Pada bulan sama, kerajaan menarik balik semua sekatan dan mula membenarkan pelaksanaan umrah dan solat di Makkah sepenuhnya mengikut arahan yang dikeluarkan oleh Raja Salman. 

Bagaimanapun minggu lalu, kerajaan mengumumkan bahawa langkah penjarakan fizikal di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dilaksanakan semula mulai 30 Disember, termasuk mewajibkan pemakaian pelitup muka bagi membendung penularan wabak. 

26 Disember lalu, Kementerian Kesihatan Arab Saudi melaporkan berlaku peningkatan dalam kes jangkitan COVID-19, dengan jumlah dua kali ganda dalam seminggu.

Malah, negara itu merekodkan kes pertama varian Omicron pada awal bulan lalu. 



Langkah baharu itu dipercayai dibuat ketika kes baharu COVID-19 di Arab Saudi mencecah 3,000 buat kali pertama, dengan 3,045 jangkitan baharu direkodkan pada tempoh 24 jam semalam. – Agensi

Arab Saudi kenakan tempoh menunggu 10 hari untuk permit umrah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Adakah Azam langgar undang-undang pemilikan saham?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker