Ahli ekonomi gesa wujud skim pencen baharu untuk golongan berpendapatan rendah

Ahli ekonomi gesa wujud skim pencen baharu untuk golongan berpendapatan rendah

Seorang ahli ekonomi menggesa penubuhan jaringan keselamatan sosial baharu untuk melindungi golongan berpendapatan rendah selepas bersara kerana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dapat memenuhi keperluan itu dengan cukup baik.

Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata, fokus KWSP adalah untuk golongan berpendapatan sederhana dan tinggi.

Katanya, golongan berpendapatan rendah tidak akan mempunyai dana yang mencukupi untuk persaraan walaupun selepas bekerja selama bertahun-tahun.

“Banjir yang berlaku baru-baru ini menyedarkan betapa rapuhnya masyarakat kita,” katanya.

“Apabila mereka hilang tempat tinggal, mereka tidak lagi mempunyai apa-apa.

“Jadi kita memerlukan satu lagi sistem keselamatan sosial untuk golongan berpendapatan rendah. Sistem ini mesti lebih daripada sekadar simpanan.”

Beliau mencadangkan supaya skim endowmen diwujudkan.

Ahli ekonomi itu bercakap mengenai dana amanah yang ditubuhkan di Norway pada 1990. Lebihan daripada hasil minyak telah disatukan ke dalam dana dan pelaburan menyebabkan pertumbuhan aset kepada lebih USD1.4 trillion kira-kira 30 tahun kemudian.

Barjoyai berkata, ini pada asasnya akan memastikan setiap rakyat menjadi jutawan dan boleh bersara dengan selesa.

Katanya, Malaysia boleh mencontohinya dengan menggunakan hasil daripada Petronas, Khazanah Nasional Berhad dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain.

“Jika semua ini dijadikan modal dalam dana endowmen dan diuruskan secara bebas oleh kerajaan, kita akan menjana pendapatan mencukupi dalam tempoh 20 tahun dan pesara masa hadapan akan lebih dilindungi,” katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya KWSP distruktur semula menjadi sebagai bank pelaburan dan institusi kewangan supaya ia boleh memberi perlindungan kepada pelanggannya.

Baru-baru ini dilaporkan banyak kemudahan pengeluaran telah dibenarkan susulan pandemik Covid-19 menyebabkan 6.1 juta pencarum KWSP hanya mempunyai baki simpanan kurang RM10,000, termasuk 3.6 juta pencarum dengan baki kurang RM1,000.

Barjoyai berkata, sesuatu perlu dilakukan segera bagi menjaga pesara, terutama mereka yang berada dalam golongan berpendapatan rendah atau negara akan menyaksikan lebih ramai rakyat tergelincir ke dalam golongan miskin tegar ketika lewat usia mereka.

Manakala itu Firdausi Suffian dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah berkata, statistik terbaru KWSP menunjukkan bahawa kerajaan tidak sepatutnya membiarkan rakyat membuat pengeluaran lagi daripada akaun mereka biarpun terdapat tekanan politik supaya mereka berbuat demikian.

Menurutnya, kerajaan sebaliknya perlu terus menyalurkan wang tunai kepada rakyat kerana menambah simpanan KWSP mereka tidak semudah yang disangka.

Katanya, ramai rakyat Malaysia yang masih menganggur, menyebabkan mereka sukar untuk menambah simpanan itu atau menyimpan secara umum. FMT

Ahli ekonomi gesa wujud skim pencen baharu untuk golongan berpendapatan rendah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker