Ahli Parlimen Amanah kemuka usul tergempar bahas pemilikan saham Azam Baki

Ahli Parlimen Amanah kemuka usul tergempar bahas pemilikan saham Azam Baki

Ahli Parlimen Pulai Salahuddin Ayub mengemukakan usul tergempar bagi membahaskan isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki, yang disifatkannya sebagai “sangat mencurigakan”.

Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Amanah berkata, usul di bawah Peraturan 18(1) itu dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun pagi ini supaya ia dapat dibahaskan ketika sesi Parlimen pada 1 Mac.

“Pagi ini 6 Jan 2022 bagi pihak rakyat Malaysia, saya mengambil tanggungjawab membawa isu pemilikan saham yang sangat mencurigakan oleh penjawat tertinggi SPRM,” katanya dalam kenyataan.

“Satu usul tergempar di bawah Peraturan 18(1) telah saya hantar pagi ini kepada Speaker Dewan Rakyat supaya ianya dapat diterima dan dibahas pada 1 Mac 2022, iaitu sesi Parlimen bagi membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong.

“Saya harap usul yang penting ini dapat diterima dan dibahas di dewan persidangan bukan dalam kamar khas kerana isu ini sangat menyentuh persoalan integriti seorang penjawat awam yang menimbulkan persoalan kepercayaan dalam kalangan rakyat awam.”

Dalam surat kepada Azhar, Salahuddin berkata, perkara itu perlu disegerakan untuk menggesa Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) melakukan siasatan lebih lanjut terhadap dakwaan bahawa Azam memiliki saham dengan jumlah melampau seperti dilaporkan.

“Ini adalah perkara berkenaan dengan kepentingan orang ramai untuk mengembalikan keyakinan terhadap SPRM bagi mengekang aktiviti rasuah dan/atau segala aktiviti yang menjerumus kepada pecah amanah, yang mana kerajaan bertanggungan untuk menjawab perkara ini,” katanya.

Pada satu sidang media semalam, Azam berkata, beliau memberi kebenaran kepada adiknya untuk membeli saham menggunakan akaun perdagangan sahamnya dan perkara ini telah dijelaskannya kepada LPPR.

Susulan itu, beberapa individu termasuk peguam Rafique Rashid Ali dan M Manoharan, serta Ahli Parlimen Subang Wong Chen dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk menyiasat sama ada Azam melanggar undang-undang pemilikan saham. FMT

Ahli Parlimen Amanah kemuka usul tergempar bahas pemilikan saham Azam Baki


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker