Layakkah vernakular dapat peruntukan jika bukan entiti awam?

Isu peruntukan terhadap sekolah vernakular terus menjadi pertikaian pelbagai pihak, apatah lagi selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan sekolah berkenaan bukan pihak berkuasa awam selain penubuhan dan kewujudannya tidak bercanggah Perlembagaan.

Lantaran itu, ramai pihak mula mempersoalkan relevan sekolah vernakular disenarai sebagai penerima peruntukan kerajaan sedangkan ia bukan sebuah entiti awam.

Tatkala, pertikaian itu terus timbul, pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong pula seolah-olah mengambil kesempatan mendesak kerajaan mempercepatkan peruntukan kepada sektor pendidikan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2022.

Malah, Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim turut meminta kerajaan menyelesaikan masalah kekurangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) susulan sesi persekolahan baharu akan bermula pada Mac ini.

Dong Zong antara lain turut meminta kerajaan memperincikan peruntukan pendidikan yang diumumkan dalam Belanjawan 2022, khususnya membabitkan sekolah mubaligh dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK).

“Walaupun peruntukan untuk pembangunan pendidikan dalam belanjawan telah bertambah dengan banyak sekali, tetapi belanjawan tersebut tidak menyebut tentang sekolah mubaligh dan SMJK.

“…bahkan tidak juga menyebut peruntukan untuk pembinaan SJKC baru dan pembinaan sekolah baru untuk SJKC yang dipindahkan ke kawasan lain,” kata Tai Kim.

Sudah lali dengan sikap ‘rakus’ Dong Zong itu, Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, pertubuhan itu akan berusaha mendapatkan manfaat daripada kerajaan, kerana tahu pemerintahan kini tidak stabil dan memerlukan undi kaum Cina.

Justeru, katanya, Dong Zong yakin kerajaan akan terus melayani karenah mereka walaupun sudah jelas pertubuhan itu mempunyai agenda tersendiri.

“Keputusan mahkamah masih dalam rayuan, lagipun interpretasi bahawa sekolah vernakular bukan ‘public entity’ memberikan gambaran bahawa mereka adalah hak ‘private’.

“Jika hak ‘private’, maka adakah mereka ini layak mendapatkan bantuan kerajaan? Ini persoalan yang masih tidak terjawab,” katanya.

Atas dasar itu, Aminuddin meminta kerajaan melihat isu berkenaan dalam skop yang lebih luas, khususnya membabitkan masalah perpaduan dalam Keluarga Malaysia.

“Bukan hanya melihat pada kehendak pihak-pihak tertentu sahaja. Kalau tidak, sampai bila negara kita tidak akan ke mana,” katanya.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi memutuskan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah berkenaan tidak bercanggah Perlembagaan.

Keputusan itu diputuskan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas menolak saman Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA).

Dalam penghakimannya, Mohd Nazlan berkata, penubuhan dan kewujudan sekolah vernakular tidak melanggar Perkara 5 (kebebasan diri), Perkara 8 (hak kesamarataan), Perkara 10 (kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan), Perkara 11 (kebebasan beragama) dan Perkara 12 (hak berkenaan pendidikan) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, sekolah vernakular bukan pihak berkuasa awam dan berdasarkan latar belakang sejarah serta perundangan Perkara 152 (bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan) serta niat pihak yang menggubal perlembagaan ketika itu, penggunaan selain Bahasa Melayu bagi pengajaran di sekolah vernakular bukan untuk tujuan rasmi dan tidak melanggar Perkara 152 (1) Perlembagaan.

Layakkah vernakular dapat peruntukan jika bukan entiti awam?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker