Pemuda Pas Harap Pertemuan Kukuhkan Penyatuan

Pemuda Pas Harap Pertemuan Kukuhkan Penyatuan

KOTA BHARU: Pemuda Pas Kelantan berharap hubungan parti itu dengan UMNO Kelantan dalam Muafakat Nasional (MN) diperkukuhkan selari dengan hasrat penyokong akar umbi kedua-dua parti.

Ketuanya, Mohd Kamal Mohamad berkata, persetujuan untuk mengadakan pertemuan pada 22 Januari ini juga membuktikan keseragaman dalam penyatuan ummah antara kedua-dua pihak.



“Kami berharap semuanya berjalan dengan baik dan kembali memperkukuhkan MN memandangkan setiap sayap kedua-dua parti ini memainkan peranan penting sebagai pendokong dan ejen pengukuh MN, bukan sebagai pemanas suasana.

“Selagi kita berpegang kepada Islam sebagai asas penyatuan, kami yakin MN akan terus subur dan dibimbing oleh ALLAH SWT,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai hasrat UMNO negeri dan Pas Kelantan yang dijangka mengadakan pertemuan pada 22 Januari ini bagi membincangkan dengan lebih lanjut kerjasama antara kedua-dua pihak terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub pada awalnya menghantar surat rasmi kepada Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengenai hasrat untuk mengadakan pertemuan tersebut.

Ahmad juga telah membalas surat berkenaan dengan menetapkan tarikh 22 Januari sebagai tarikh untuk pertemuan berkenaan diadakan.



Sementara itu, ketika ditanya mengenai hubungan Pemuda Pas Kelantan dan Pemuda UMNO Kelantan, Kamal berkata, ia berjalan dengan baik dan banyak program telah diaturkan bersama.

Bagaimanapun, katanya, ia masih belum dimaklumkan secara rasmi.-SH

Pemuda Pas Harap Pertemuan Kukuhkan Penyatuan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker