Siasatan kes pegawai SPRM sepatutnya dibuat jawatankuasa bebas: TI-M

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki hadir sidang media khas di ibu pejabat SPRM. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Tidak wajar untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) sendiri yang menyiasat sebarang kes yang melibatkan pegawainya.

Ini kerana tegas Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Muhammad Mohan, ia jelas hanya mengundang pelbagai kesangsian.

Kata beliau, sepatutnya kes sedemikian dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa bebas yang dianggotai bekas-bekas pegawai tertinggi badan perundangan dan pencegahan jenayah yang tidak berkepentingan.

“Ini akan menjadi satu isu apabila rakyat akan bertanya mana kebebasannya (SPRM).

“Jadi saya rasa elok siasatan seperti ini terutama sekali kes-kes berprofil tinggi dibuat oleh satu jawatankuasa khas yang bebas, mungkin dianggotai oleh bekas hakim, bekas ketua polis atau bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya.

Beliau melihat, banyak pihak termasuk rakyat menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan jawapan yang diberikan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), badan yang berada di bawah SPRM itu berhubung kes dakwaan korupsi Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki. – Awani

Siasatan kes pegawai SPRM sepatutnya dibuat jawatankuasa bebas: TI-M


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker