Lima daerah di Pahang dibadai banjir gelombang kedua
Lima daerah di Pahang dibadai banjir gelombang kedua
PEKAN – Lima daerah di Pahang dibadai gelombang kedua banjir sejak malam Jumaat.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, lima daerah berkenaan ialah Lipis, Maran, Bera, Rompin dan Raub.
Di Lipis, empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka menempatkan 206 mangsa banjir daripada 54 keluarga manakala di Maran, 116 mangsa daripada 36 keluarga kini ditempatkan di enam PPS yang dibuka pada Sabtu.
Di Bera pula, sebanyak satu PPS dibuka pada Sabtu menempatkan 11 mangsa daripada tiga keluarga, sementara 11 PPS dibuka di Raub, menempatkan 227 mangsa daripada 65 keluarga.
Di Rompin pula, 10 mangsa daripada tiga keluarga yang terjejas ditempatkan di dua PPS.
Dalam pada itu, seramai 1,542 mangsa banjir gelombang pertama masih ditempatkan di 18 PPS yang dibuka sejak 18 Disember 2021.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang memaklumkan lapan stesen sungai mencatatkan paras air sungai melebihi tahap waspada.
Manakala 13 stesen mencatatkan paras air sungai melepasi tahap amaran dan lima stesen mencatatkan paras air sungai melepasi tahap bahaya. Awani
Lima daerah di Pahang dibadai banjir gelombang kedua
Baca Artikel Menarik :
- Lelaki anti Islam dikecam, buat origami pakai helaian al-Quran
- Gigit tukang cuci, Harimau Malaya ditembak mati
- Isu ‘rogol’, Fauzi Nawawi bawa diri ke Sabah, nama kena ‘reject’
- Noki tidak berbaju: Jual elemen sensasi demi trending?
- Tiada lagi pengeluaran KWSP – Tengku Zafrul
- Kisahnya…Baru Tahu Rupa-Rupanya Cecair Antiseptik Boleh Guna Untuk 4 Perkara Ini!
- Anak dedahkan ayah kena HIV kerana tiduri ramai lelaki (Video)
- Rombak kabinet, tukar menteri tidak efisien
- Firdaus Wong Mahu Sashi Kumar DiTahan?
- Saya rapat dengan Zul Ariffin – Ruhainies
- Resepi Ayam Goreng Serai Thai
Layari Laman Facebook MYKMU</a