Pelajar Tingkatan 2 meninggal dunia ketika taklimat ragbi

Pelajar Tingkatan 2 meninggal dunia ketika taklimat ragbi

Pelajar Tingkatan 2 meninggal dunia ketika taklimat ragbi
Ahli keluarga mangsa, pihak sekolah dan wakil Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah berada di Jabatan Forensik Hospital Melaka. – Foto NSTP

MELAKA: Seorang pelajar lelaki Tingkatan 2 sebuah sekolah menengah di daerah Melaka Tengah meninggal dunia dipercayai selepas rebah ketika mengikuti latihan ragbi di sekolahnya, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa berusia 14 tahun dilaporkan tiba-tiba rebah ketika mendengar taklimat jurulatih selepas sesi latihan dihentikan seketika untuk berehat.

Datuk saudara mangsa, Yahya Endut, 64, berkata dia menerima panggilan memaklumkan kejadian itu sebelum bergegas dari Alor Gajah ke Hospital Melaka.

Menurutnya, mangsa yang dipeliharanya sejak kecil tinggal di asrama sekolah dan tidak pernah mengadu mengalami sebarang masalah kesihatan.

“Saya dimaklumkan mangsa baharu menjalani latihan kira-kira 15 minit sebelum berehat bersama rakan-rakan.

“Ketika jurulatih sedang memberikan taklimat, dia yang sedang duduk tiba-tiba rebah dan mengalami kesukaran bernafas,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka, malam ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kasih Kepada Rakyat Diukur Melalui Tindakan, Bukan Pengumuman – Mohd Jafni


Tambahnya, dia masih terkejut dengan kejadian itu kerana mangsa tidak mempunyai sejarah penyakit dan tidak pernah mengadu kurang sihat sebelum ini.

Sementara itu, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman mengesahkan kejadian berkenaan.

“Mangsa adalah pelajar lelaki yang bersekolah di Telok Mas dan dipercayai rebah ketika taklimat selepas latihan ragbi sebelum disahkan meninggal dunia.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Halim Abas ketika dihubungi turut mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihak polis akan mengeluarkan kenyataan lanjut.

Pelajar Tingkatan 2 meninggal dunia ketika taklimat ragbi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Asyraf Tolak Spekulasi, Tapisan Ketat Punca Pengumuman Calon BN Johor Lewat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker