Teruja nak tunjuk ikan berjaya dipancing, budak 12 tahun maut dirempuh lori
Teruja nak tunjuk ikan berjaya dipancing, budak 12 tahun maut dirempuh lori

KOTA BELUD: Keterujaan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun untuk menunjukkan ikan yang berjaya dipancing kepada keluarga, bertukar tragedi apabila dia maut dirempuh lori ketika melintas jalan.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.40 petang di Jalan Kampung Kesapang, di sini, menyebabkan Muzamir Mahadir, 12, maut di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata siasatan awal mangsa dipercayai tiba-tiba berlari ke arah jalan raya sebelum bergesel dengan sebuah Perodua Bezza dan terjatuh di atas jalan raya.
Tiba-tiba, sebuah lori datang yang berada di belakang Perodua Bezza gagal mengelak dan merempuh mangsa.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Belud untuk bedah siasat,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peruntukan Kerajaan Adalah Hak Rakyat, Bukan Bahan Propaganda Politik
- Marilah Kembali Ke Rumah Bangsa Yang Tidak Pernah Gadai Prinsip Perjuangan
- Tengku Azman Bidas Hannah Yeoh, Label BN ‘Neraka’ Hina Usaha Bangunkan KL
Kasih Kepada Rakyat Diukur Melalui Tindakan, Bukan Pengumuman – Mohd Jafni
Dalam pada itu, beberapa saksi memaklumkan mangsa baru selesai memancing ikan dan berasa gembira selepas berjaya memperoleh ikan.
Mangsa yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kesapang dikatakan mahu menunjukkan ikan ditangkap kepada keluarganya sebelum melintas jalan, namun terbabit kemalangan.
Teruja nak tunjuk ikan berjaya dipancing, budak 12 tahun maut dirempuh lori
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Johor Kekal Pendirian, Fokus Kestabilan Demi Rakyat – Onn Hafiz
- Gelombang Biru Banjiri Johor, Semangat Perjuangan Kian Membara
- Senarai Calon BN PRN Johor
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr Asyraf Tolak Spekulasi, Tapisan Ketat Punca Pengumuman Calon BN Johor Lewat
You must be logged in to post a comment.