KFC China bakal hidang kaki ayam goreng, cuma bulu tidak boleh dimakan

BEIJING – Pelanggan restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) mungkin akan mendapat bahagian kaki ayam dalam hidangan mereka akibat kenaikan harga bahan mentah, lapor laman berita Mothership baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Yum, Joey Wat berkata, kenaikan harga komoditi itu boleh diserap menerusi penggunaan penuh bahagian ayam yang boleh dimakan kecuali bulunya.
Yum merupakan syarikat pemilik rangkaian KFC, Pizza Hut dan Taco Bell di China.
Rangkaian restoran itu melalui masa sukar berikutan kekerapan perintah berkurung di China yang berpegang kepada prinsip sifar Covid-19 sehingga menyebabkan banyak perniagaan besar terjejas.
Jualan di lokasi Yum China untuk setahun merosot 16 peratus berbanding tempoh sama sebelumnya.
Bagaimanapun, permintaan untuk penghantaran meningkat kira-kira lapan peratus.
Joey berkata, syarikatnya melaksanakan pelbagai langkah untuk mengurangkan kos termasuk membatalkan program pengiklanan dan pemasaran serta meminta tuan tanah memberikan pelepasan sewa.
Beliau bagaimanapun berjanji untuk mengelak daripada memberhentikan 450,000 pekerja bawah Yum China pada tahun ini. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Hadi silap, patut ‘kawan’ dengan Umno, bukan Bersatu – Khairuddin
- Gaza lumpuh dibedil tentera Israel, puluhan terbunuh termasuk kanak-kanak
- Angin kencang Noh Salleh, Mizz Nina
- Padah muat naik klip video berunsur lucah
- Video lucah, penyanyi terus membisu
- Pak guard dilibas pedang kerana tegur penunggang motosikal meninggal dunia
- Pergaduhan kaum di Sungai Petani? Ini sebenarnya yang berlaku
- Sup Khao Soi Thailand paling sedap di dunia, gulai Malaysia di tempat ke-20
- Daiyan Trisha beli rumah mewah impian
- Dua Adik-Beradik Tinggal Bawah Jambatan Lepas Bapa Kahwin Lain
- Jangan kerana meraikan toleransi berbilang kaum, akidah tauhid tergadai
- Mukhriz pemimpin setanding Mahathir?
- Bekas KPN Hamid Bador akhiri zaman duda, kahwini pegawai polis – Laporan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol
You must be logged in to post a comment.