PBM menuju kehancuran kerana pergolakan jawatan presiden

#PRU15

PBM menuju kehancuran kerana pergolakan jawatan presiden

Menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15), keretakan dalam Parti Bangsa Malaysia (PBM) berkaitan isu jawatan presiden parti menjadi semakin panas.

Awal bulan ini, dilaporkan bekas ahli Bersatu dan PKR Zuraida Kamaruddin telah menggantikan Larry Sng sebagai presiden PBM, dengan sokongan sebulat suara Majlis Tertinggi parti itu.



Bagaimanapun, Sng kemudiannya menafikan laporan itu, mengatakan bahawa beliau kekal sebagai presiden parti tetapi mendakwa tiada keretakan antara mereka berdua.

Khamis lalu, Sng menggantung jawatan Setiausaha Agung PBM Nor Hizwan Ahmad dan Ketua Penerangan, Zakaria Abdul Hamid berkuat kuasa serta-merta kerana mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi parti pada 7 Okt tanpa memanggil beliau walaupun presiden parti.

Berikut adalah tarikh penting berkaitan penubuhan PBM:

14 Okt 2021 – Jabatan Pertubuhan Pendaftaran (JPP) meluluskan permohonan menukarkan nama Parti Pekerja Sarawak (SWP) kepada Parti Bangsa Malaysia (PBM).



21 Dis 2021 – PBM secara rasmi dilancarkan.

8 Jan 2022 – Larry Sng dilantik sebagai presiden PBM.

26 Mei 2022 – Zuraida Kamaruddin mohon menyertai PBM selepas meninggalkan Bersatu.

9 Jun 2022 – Zuraida secara rasmi menyertai PBM dan dinamakan sebagai “pengganti presiden”.



1 Okt 2022 – Ketua Penerangan PBM Zakaria Abdul Hamid dilaporkan mengumumkan Zuraida secara rasmi menjadi presiden parti, mendakwa beliau menerima sokongan sebulat suara pada perhimpunan agung yang julung kali diadakan.

2 Okt 2022 – Sng berkata beliau masih presiden PBM tetapi menegaskan tidak ada konflik antaranya dan Zuraida. Beliau terkejut dengan pengumuman Zakaria.

8 Okt 2022 – Setiausaha Agung PBM Nor Hizwan Ahmad mengumumkan Zuraida menggantikan Sng sebagai presiden parti. Beliau berkata Majlis Tertinggi PBM sebulat suara meluluskan pelantikan Zuraida sehari lebih awal.

26 Okt 2022 – Sng menegaskan beliau masih presiden PBM dan akan menandatangani watikah (surat pelantikan calon) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).



26 Okt 2022 – Sng berkata PBM akan menggunakan logonya sendiri pada PRU15 memandangkan BN tidak menerima parti itu ke dalam gabungannya.

27 Okt 2022 – Sng menggantung jawatan Setiausaha Agung parti Nor Hizwan dan Ketua Penerangan Zakaria, berkuat kuasa serta-merta, kerana mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi parti pada 7 Okt tanpa memanggil beliau walaupun presiden parti.

Sng turut berkongsi foto salinan dokumen JPP bertarikh 27 Okt yang disahkan benar yang menamakan beliau sebagai presiden PBM.

Timbalan presiden PBM Haniza Talha memberitahu Sng untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi pada 3 Nov berhubung jawatan presiden parti.



28 Okt 2022 – Sng menggantung keahlian Zuraida bersama-sama 12 ahli Majlis Tertinggi yang lain.

29 Okt 2022 – Sng mengulangi bahawa beliau masih presiden kerana belum meletak jawatan atau telah dipecat.

29 Okt 2022 – Sng berkata mesyuarat Majlis Tertinggi akan diadakan di Sarikei, Sarawak pada 30 Okt dan semua ahli yang digantung tugas tidak dibenarkan hair. FMT

PBM menuju kehancuran kerana pergolakan jawatan presiden




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker